nuffnang

Palestin Kini...! Ayuh Berjihad!

Selasa, 3 Julai 2012

~KELEBIHAN MALAM NIFSU SYAABAN, MALAM KEAMPUNAN~





15 Syaaban...
selalu menjadi ingatan sebagai malam Nisfu Syaaban yang mana pada malamnya ada banyak kelebihan. 

( Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah.
Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban )

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadr. 

Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang dirsebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepada Mu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”


 Setelah Baginda saw selesai solat, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a:




“Malam ini adalah malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambaNya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”


Untuk pengetahuan semua pembaca..... 






 Nisfu Syaaban juga adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit
dan diganti dengan buku catatan yang baru.


Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu solat Maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk Maghrib).


                                    
Selain itu,





Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:






1)  Memperbanyakkan puasa sunat.   
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 


“Barangsiapa berpuasa 3 hari pada permulaan Syaaban dan 3 hari pada pertengahan Syaaban dan 3 hari pada akhir Syaaban, maka Allah SWT mencatat untuknya pahala seperti pahala 70 nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah SWT selama 70 tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid”.





 
2)  Memperbanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah SAW.  
Sabda Rasulullah SAW: 


“Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah SWT, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah SWT mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit”  






3)  Bertaubat
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasululullah SAW bersabda yang bermaksud: 



“Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu”.




Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik :




 “Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan laut dari sinar di bawah Arasy, lalu menciptakan satu Malaikat yang mempunyai dua sayap, satu sayapnya di timur dan sayapnya yang lain di barat, sedang kepalanya di bawah Arasy dan kedua kakinya di bawah lapis bumi ke tujuh. Apabila seseorang hambanya membaca selawat untukku di bulan Syaaban maka Allah SWT menyuruh Malaikat itu, supaya menyelam di air “Hidup”. Malaikat itupun menyelam, kemudian keluar dari dalam air serta mengibas-ngibaskan kedua sayapnya, sehingga bertitisanlah air dari bulu-bulu yang sangat banyak sekali. Maka Allah SWT menciptakan dari tiap-tiap titis air itu, satu Malaikat yang memohonkan ampunan bagi orang yang membaca selawat, sampai hari Kiamat.”




 Begitulah hebatnya ganjaran apabila kita perbanyakkan membaca selawat di bulan Syaaban.


Sebenarnya banyak lagi kelebihan bulan Syaaban tetapi cukuplah ana kongsikan satu yang penting amalkan dengan Istiqamah.


 Jangan lupa Nisfu Syaaban pada 15 Syaaban...




^__^

ok 

bye..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

jom tutup aurat !!

jom tutup aurat !!