Sabda
Rasulullah SAW :
"
Setiap mata berzina,
seorang
wanita bila memakai bau-bauan,
kemudian
dia lalu
di
hadapan orang pada suatu majlis,
maka
wanita itu (sama dengan ) berzina"
. (HR
Ahmad dalam musnadnya,dan oleh Tirmizi dari Abu Musa Al-Asy'ari)
jelas
bukan dengan hadith di atas??
kali
ini suka
ana
berkongsi pembacaan
ana
daripada buku Fiqih wanita.
Di
dalam buku ini,...
banyak
membincangkan tentang beberapa larangan di dalam Islam ke atas wanita.
Apa
yang ingin ana
kongsi
dalam posting kali ini ialah larangan dalam Islam ke atas wanita memakai
bau-bauan.
dalam
Islam
sangat
melarang
wanita
memakai bau-bauan keluar rumah,
kerana
dikhuatiri baunya tercium oleh lelaki,
seperti
mana hadith di atas.
Diriwayatkan
oleh:
Abu
Daud,
Nasai
dan
Ibnu
Majah,
bahawa
abu Hurairah menceritakan,
dia
bertemu dengan seorang wanita,
maka
tercium olehnya dari wanita tersebut bau harum-haruman,
sedangkan
angin berputar di sekitarnya.
Kata
Abu Hurairah,
"Hai
hamba Allah! Apakah engkau dari masjid?".
jawab
wanita itu,
"ya,
betul".
Tanya
Abu Hurairah,
"Apakah
engkau memakai bau-bauan ke masjid?".
jawab
wanita,
"ya,
aku memakainya".
Aku
mendengar kekasihku
Rasulullah
SAW bersabda :
"Allah
tidak menerima solat wanita yang memakai bau-bauan ke masjid ini,
sehingga
dia pulang
lalu
dia mandi seperti junub"
(Hadis
ini diriwayat dari berbagai jalur, antara lain seperti yang diriwayat oleh
Baihaqi).
Wanita-wanita
dilarang
memakai bau-bauan bila datang ke masjid kerana harum-haruman
dapat membangkit nafsu
syahwat.
Ibnu
daqiqil 'Aid mengatakan sebagai dinukil
oleh
Imam
Nawawi dalam Faidhul Qadir,
"wanita
yang hendak pergi ke masjid diharamkan memakai bau-bauan kerana bau-bauan dapat
merangsang nafsu syahwat".
Tidak
ada yang meragukan
bahawa
larangan memakai harum-haruman
terutama
ditujukan untuk
orang-orang
yang pergi ke Masjid.
Tetapi..
sesungguhnya
larangan itu mutlak bagi setiap wanita bila keluar rumah,
baik
dia pergi ke amsjid atau ke tempat lain,
berdasarkan
hadis yang diriwayatkan oleh Nasai,
Abu
Daud,Tirmizi,Al-Hakim,Ahmad,Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dari sumber Abu Musa
Al-Asy'ari yang berbunyi :
"Siapa
di antara wanita
yang
memakai harum-haruman,
kemudian
dia lalu di hadapan orang-orang supaya tercium bau harumnya, maka wanita itu
(sama dengan) berzina".
(Kata
Tarmizi,hadis itu sahih)
Diriwayat
pula oleh Tirmidzi bahawa Rasulullah saw bersabda :
"wanita
yang mempamerkan diri
dengan
memakai perhiasan di hadapan orang yang bukan keluarganya,
tidak
ubahnya dia bagaikan berada dalam kegelapan hari kiamat,
tanpa
cahaya sedikit juapun".
Kata
Ibnu Hajar dalam 'Azzawajir',
"Bila
wanita keluar rumah memakai bau-bauan dan berhias,
maka
itu termasuk dosa besar,
sekalipun
diizinkan suaminya".
Wahai
wanita muslimah!
Taqwalah
kepada Allah
dengan
mematuhi
segala
peraturan agama.
Janganlah
keluar rumah memakai bau-bauan
dan perhiasan..
inilah
sekadar perkongsian
pembacaan
ana kali ini..
semoga
sama-sama kita
sebagai
muslimah menjauhi
perkara-perkara
yang dilarang oleh Allah SWT.. wallahu'alam..
bye2..
2 ulasan:
=)
hehehe...enti.. :)
Catat Ulasan