Rabu, 3 Jun 2020

7 SIMPLE CARA BUAT MENU TAB DENGAN MUDAH! TUTORIAL 2020 !

Assalamualaikum semua! 
hari ini saya ingin melakukan tutorial 
7 SIMPLE CARA BUAT MENU TAB DENGAN MUDAH 2020!




LANGKAH PERTAMA
Okay, Firstly. Tekan di Reka letak dan teksn tambah alat.


LANGKAH KEDUA
Selepas itu, cari Halaman dan tekan tambah!


LANGKAH KETIGA
Kemudian, tekan tambahkan pautan luar.  


LANGKAH KEEMPAT
Kemudian, masukkan nama tab menu dan masukkan URL


LANGKAH KELIMA
Tekan simpan!


LANGKAH KEENAM
Selepas simpan,  seret Halaman tadi dibawah pengatas. Dekat lajur.


LANGKAH KETUJUH
Siap! Tab Menu! Mudahkan?
Jangan lupa share kalau dah siap dan jangan lupa follow BLOG Saya, LIKE Facebook saya Mawar Sufi dan Youtube Mawar Sufi Official


Selamat mencuba!



KISAH WALI SUFI

Selasa, 2 Jun 2020

KALAM HABIB ALI MASYHUR BIN HAFIDZ



"Barangsiapa yang dirinya terkalahkan oleh kuatnya SYAHWAT DUNIA,

maka ia akan sentiasa menjadi budak 
AHLI DUNIA

dan 

barangsiapa yang Qana'ah 
(menerima karunia-NYA dengan lapang dada)

maka 

akan hilang ketundukannya pada dunia"

[ Habib Ali Masyhur Bin Hafidz ]


اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
جزى الله عنا سيدنا محمداً ﷺ ما هو أهله


Ahad, 11 November 2012

"ANUGERAH yang paling hebat adalah kalimah LA ILAHA ILLALLAH" ~ Pierre Andre~


Salamun Alaikum..,, 
 "Dan akhir sekali, ini yang paling penting,tujuan saya hari ini, saya datang ke sini, apa yang saya ingin katakan, 'anugerah yang paling hebat adalah kalimah LA ILAHA ILLALLAH yang Allah berikan pada kita, letak dalam hati kita, jagalah kalimah ini, carilah ia kerana itulah kemenangan yang sebenar,, Allahuakbar,Assalamualaikum,,.. peace LOVE ALLAH ,LOVE MUHAMMAD"



~KATA-KATA PIERRE ANDRE SEMASA ANUGERAH SKRIN 2012~


Terharu ana dengan kata2 Pierre Andre semasa dia memberi ucapan setelah dia mendapat ANUGERAH YASMIN AHMAD di anugerah skrin 2012......ALLAH ALLAH ALLAH.... Alhamdulillah.. syukur pada ALLAH... Alhamdulillah...

teringat ana dengan surah nih >>>
"Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi ALLAH lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang DIA kehendaki"

~Surah Al-Qasas Ayat 56~

ALLAHU ALLAH... 
Allahuakbar..
ALLAH MAHA BESAR..





"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu...kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang di sinari matahari.."

~Hadis Riwayat At-Tabrani~


Wahai umat Islam semua..
 teguhlah kita menggenggam bara api perjuangan...

 demi ISLAM..
kuatkan hamba, 
sahabat2 serta sesiapa saja di jalanMU.. 
YA Rahiim ..
 Moga RahmatNYA selalu mengiringi kita semua..insyaALLAH..
Allahumma Amiin 

sesungguhnya Hidayah itu milikNYA..

Alhamdulillah..
 moga kita tergolong dalam org2 yang mendapat petunjuk dariNYA...
 Allahumma amiin..



Jika kita 
begitu susah mahu menerima kebenaran,, 
Azab yang pedih menanti kita kelak,,
Benarlah apa yang disebutkan 
di dalam al-Quran..


Ingatlah.., 
dalam surah al-maidah ayat 41 yang bermaksud :

"Barangsiapa yang ALLAH kehendaki kesesatannya, maka kamu tidak akan sesekali dapat menolak sesuatupun (yang datang) dari ALLAH...Mereka itu adalah orang2 yang ALLAH tidak mahu menyucikan hati mereka..mereka beroleh kehinaan di dunia dan akhirat kelak mereka beroleh azab yang pedih"

Jika s'sorang itu sudah t'biasa mendengar kebatilan dan menerimanya..
ia akan menghijab dirinya dari kebenaran..
Hatinya di biarkan dalam kesesatan..
Dia menerima kebatilan dah tentu dia sebenarnya menyukainya,.. 
akibatnya..
KETIKA KEBENARAN DATANG TANPA MEMENUHI SELERANYA DIA MENOLAK DAN MENDUSTAKANNYA..
SEBAB APA YA??


Sebab hatinya dah gelap dan tidak nampak lagi cahaya ALLAH SWT,, 
sebagai balasan, ALLAH biarkannya terus dalam kesesatan dengan tidak
memancarkan hidayahNya ke hati2 mereka..
Nauzubillah.. Moga kita di jauhkannya..

ingat ya...
kita sepatutnya sentiasa menyucikan hati 
kerana hati adalah
Raja yang memerintah seluruh amalan..
jangan biarkan ianya di nodai oleh titik2 hitam.. apatah lagi membiarkan ada kebatilan yang masih bersarang di situ walaupun sedikit...
sentiasalah beristighfar dan zikir qolbi untuk menyucikannya kerana manusia sering membuat kesilapan..
ALLAHU ALLAH..

Ingat juga ya 
Rasulullah SAW bersabda,,, 
"janganlah kalian lalai maka kalian akan melupakan rahmat"

Kalau ada lintasan di hati kita untuk berhijrah dari JIWA yang lalai kepada JIWA yang CINTAkan ALLAH SWT MAKA bersegeralah untuk melakukannya kerana percayalah bahawa itu adalah lintasan BENAR dari ALLAH SWT, Yakin dengan ALLAH SWT...
Lintasan itu merupakan hidayah yang tak akan datang selalu..
TAPI..

kalau kita sering bertangguh.,,
mungkin ALLAH SWT tarik balik hidayahNYA itu,
TAUFIQ dariNYA bukan milik semua orang,,
BUKAN milik orang yang tak bersedia... 
ALLAHU ALLAH... 


Jika ALLAH kehendakkan sesuatu berlaku pada kita.., bila2 masa boleh berlaku..hanya ALLAH MAHA KUASA..
ALLAH MAHA MENGETAHUI...
jangan sampai Rahmat Allah Mengatasi Murkanya..

Diantara RAHMAT ALLAH SWT adalah mencampakkan kesedaran ke dalam hati kita setiap kali kita melakukan dosa..itu adalah RAHMAT..Barangsiapa yang merasa MENYESAL dengan kelakuan DOSAnya maka itu adalh RAHMAT yang diberikan ALLAH SWT, 
begitu DIA amat menyayangi kita sedang kita berbuat DOSA, 
masih diberi kesedaran kepada kita.. ALLAHU ROBBI..
Moga ALLAH sentiasa menunjukkan kita kebenaran serta petunjukNYA..
Allahumma amin
ALLAHU ALLAH 

Sollu 'alannabiyy! 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ

 النَّبِيِِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسلِّمْ


PERINGATAN UNTUK SEMUA N JUGA SAYA.. 

MOGA ALLAH SENTIASA MENCINTAI 

KITA...SENTIASA PERHALUSI NIAT N 

PELIHARA HATI,,,,,PELIHARA TINGKAH 

LAKU,,,, PELIHARA ADAB 

PERGAULAN,,,,,PELIHARA IBADAH,,,,, 

PELIHARA IMAN,,,, TAQWA KPD ALLAH YG 

DI BURU ...,,, 

SUNNAH BAGINDA NABI SALALLAHU'ALAIHI 

WASSALAM DI HAYATI N D AMALKAN.,,, 

SEMOGA SEGALA URUSAN DI 

PERMUDAHKANNYA...

 ALLAHUMMA AMIN.

bye2.. 


ilal liqa'...

salamun alaikum

boleh lihat video pierre andre di sini.

Allahu Allah..
Wassalam..









Khamis, 13 September 2012

~~ TARBIYAH BUKAN UNTUK SI MANJA~~~



Dakwah bukan untuk orang yang takut untuk bergerak dan mencabar diri.



Tarbiyyah bukan untuk orang yang mudah bosan, 
melarikan diri, 
lompat-lompat, 
sekejap down-sekejap up, 
dan cepat terasa.


Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program yang senang
 dan mudah untuk dia ikuti,
 yang penat, 
bersusah payah mengelak.


Ia bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diri diuji oleh Tuhan. 
Jika tidak, 
batang hidung pun tak nampak.


Tarbiyyah
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya sebagai jalan untuk mencari 
calon akhawat 
atau ikhwah sebagai sang isteri atau suami,
yang mengikuti hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan di saat dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang didapat, 
tidak dikongsi dengan yang lain.

Tarbiyyah bukan
 untuk

yang cepat mengalah,

yang meletakkan mabit, 
qiamullail, 
daurah, 
dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak 
dengan semua agenda 
dan acara-acara ‘penting’ yang lain.

Tarbiyyah bukan 
untuk
yang hanya pandai bercakap 
(dan menulis), 
tapi amal kosong
yang hanya tahu membandingkan organisasi itu dengan organisasi ini, yang hanya boleh mengkritik dan menilai organisasi ini dan itu.



Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam sesebuah organisasi..



Dakwah bukan untuk orang yang tidak boleh diberi tugasan 
“last minute”


Dakwah bukanlah untuk orang yang tidak mahu keluarkan duit, infaq di jalan Allah.


Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.


Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, 
mesti naik motokar besar 
dan mewah, 
yang air-cond, 
dan laju. 
Yang tak nak naik bas, 
public transport, 
dan yang kena berpeluh-peluh.



Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan diberitahu dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, 
hanya tunggu informasi.



Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, 
yang hidup mewah, 
dan mengelak berkawan dengan orang susah, 
miskin, 
dan pakai comot.



Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, 
kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, 
mengantuk, 
susah, 
banyak kerja, 
keluarga tak bagi keluar.


Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.

Tanpa anda, 
orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. 


Islam akan tetap berjaya. 
Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,

Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.



Tak mengapa. 
Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tidak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.

Berbahagialah seadanya.


Jalan dakwah itu panjang
serta penuh berliku..


 sahabat2, maaf andai kata2 ini agak kasar.. 
tapi,kita jadikan segala kritikan dlm  ni utk kita terus 
gagahkan diri dlm menyelusuri jalan perjuangan yang penuh dgn onak duri.. 
Ingat shbat2, 
selangkah kaki ke alam perjuangan ini, selamanya kita akan berada dlm kepahitan.. 
dan kemanisannya hnya akan terasa bila kemenangan Islam sudah tertegak.. 
doakan agar kita boleh sampai ke saat itu! Allahuakbar!!



kepada sahabat2 ana yang 
pernah menasihati ana
semasa ana menjadi 
Fasilitator bagi 
kem generasi pewaris 
di balik pulau , pulau pinang,.
syukran kepada awatif, amalina, dan kak fatin.. 
syukran atas nasihat2nya
ana mohon maaf jika ada salah dan silap ...
MOGA UKHUWWAH KITA TERUS
BERPANJANGAN
insyaALLAH...
ASIF 'ALA KULLI HAL..
ada masa kita berjumpa lagi .. 
Uhkuwwahfillah ilal jannah 
wassalam 

Isnin, 10 September 2012

~~~ Warkah Kata Buat Permulaan Kita ~~



Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum...

Untuk bakal suamiku,



Wahai bakal suamiku, 

sesungguhnya dirimu amat 

ku nanti dalam perjalanan 

hidup ini. 




Di siang mahupun malam hari. 

Ku tulis warkah ini dari hati 

moga ia menjadi lakaran permulaan 

yang indah buat kita. 




Pertamanya aku ingin

 mengucapkan 

setinggi terima kasih

 kerana sudi mengambilku sebagai 

bakal isterimu. 





Terasa tidak lengkap kiranya

 aku hanya

 hidup bersendirian

 di alam ini tanpamu. 




Kebahagiaan 

kita sekeluarga 

berada di tangan mu.


 

Dikaulah

 yang menjadi

peneraju dan 

nakhoda rumah tangga ini. 



Aku tahu tugas dan

 amanah ini sangat berat.

 Ia menagih keikhlasan,

 keimanan dan

 kejujuran yang tinggi 

daripada mu.


Semasa engkau melamarku

 wahai bakal suami, 

masa itu syukurnya 

hanya Allah 

yang tahu. 



Air mata ini mengalir tidak terasa,

 mengalirkan kegembiraan penuh makna.

Udara itu

 senang untuk digapai. 

Rasa 

yang tidak pernah ku alami.

Hargailah aku selalu.


Wahai bakal suamiku,




 rindu itu buah cinta. 



Jika ia tiada maka cinta

 tidak akan berbuah dan layu.

 Oleh itu,,,

 hidup denganmu

 aku berharap rindu itu

 sentiasa bersemi.


 Biarpun terkadang diisi

 dengan air mata



 dan kesakitan. 

Namun, 

perasaan itulah yang

 sentiasa ada buat kita. 




Bakal Suamiku,

 bahtera yang kita bina ini

 ku harap sentiasa utuh dalam perjalanan kita 

bersama. 

Kau suamiku

 adalah

pelindung

dan pengemudi

 bahtera ini.




Aku berharap pengorbanan

 yang bakal kita lalui

adalah merupakan

 pahit ubat 

yang menjadi penyembuh. 




Tidak aku pengharapkan

 pengorbananmu

 semahal 

nabi Allah Muhammad s.a.w

 terhadap

Khadijah, 

mahupun seutuh kasih

nabi Allah Ibrahim terhadap 

anaknya Ismail. 




Bakal Suamiku,



 pengorbanan itu sesuatu

 yang perlu di waktu susah dan senang. 

Kerana ianya 

adalah mahar segala janji 

dan mahar yang 

paling berharga daripadamu.


Bakal Suamiku,




 aku berharap cinta kita terikat

 bersama dengan

 cinta kita terhadap

 Allah.

 Jika berkurang maka ditambah, 

jika bertambah maka 

syukur.




 Di dalam hidup,

 aku berharap kepadamu

 tidak mengangapku terlalu sempurna kerana aku 

hanya insan biasa. 




Bimbinglah tanganku 

dalam melayari 

lautan ganas bersamamu. 

Sesungguhnya engkau

 adalah 

cerminan bagiku.



 Jika berjaya engkau berjaya

maka berjayalah aku,



jika gagal maka

 gagallah aku.





 Ya Allah, 



terima kasih 

kerana dia ada dihati dan jiwaku.

Moga kita sentiasa berMUJAHADAH..

mencari ilmu keranaNYA,,





aku selalu ingat kata-katamu 

kepadaku,,

jangan terlalu harapkan cinta 

MANUSIA,,

cintailah ALLAH dan 

Rasulullah SAW...

Engkau juga berpesan padaku

jangan mengharapkan pada JODOH,,

Tetapi mengharaplah kasih dariNYA,,

jika jodoh tak akan kemana..

yang penting berdoa 

kepadaNYA selalu..





Engkau selalu ingatkanku

jagalah AL-QURAN 

dan hafazannya..

syukran.. 




Allah telah menghantarkan seseorang

yang mengajarku erti REDHA

saat aku terlalu LEKA dengan DUNIA..

syukran ya ALLAH..

Syukran kepada INSAN tersebut..

semoga ALLAH sentiasa memberi RahmatNYA


Belajar rajin-rajin ya di Bumi Anbiya' 

doaku selalu mengiringimu..


^___^




insyaALLAH.. 

kita pasti berjumpa ..

Biiznillah

dengan IZIN dariNYA 

^___^



Sekian daripadaku,

^____*



Bakal Isterimu...

Sollu Alan nabiyy !! ^__^

bye2 !!

wassalam




jom tutup aurat !!

jom tutup aurat !!