
Ramai wanita yang mengimpikan diri dinobat
wanita solehah,
tapi malang
dalam ia mencari solehah ia tersilap langkah.
tapi malang

dalam ia mencari solehah ia tersilap langkah.

Sedang
ia berusaha memperbaiki diri sendiri,

tanpa disedari ia sedang melumurkan najis
pada hati sendiri.
Kadang-kala hati bergelora inginkan perubahan,
namun
malangnya kerana kaki yang masih belum mahir berenang,
akhirnya lemas di lautan
dalam.

Sebenarnya kenapakah anda berpurdah?
cuba teliti,
mungkin ada salah satu
jawapan dibawah :

-Mungkin kalian ingin menunjukkan pada orang
lain bahawa kalian adalah solehah
-Mungkin kalian ingin
menawan hati lelaki yang beriman
-Mungkin ingin
dianggap sebagai seorang seorang gadis cantik, kerana kebiasaannya wanita
berpurdah di kaitkan dengan seorang yang berwajah cantik
-Mungkin ingin lebih
menonjol berbanding kawan-kawan yang tidak berpurdah
-Atau mungkin juga
hanya kerana takut dirogol
Andaikata salah satu
jawapan diatas adalah selari dengan apa yang tersemai di hati kalian, tahniah!
kerana nafsu kalian telah berjaya menumpaskan iman.
Solehah Bukan Di Mata

Lelaki bukan memandang
solehah seorang wanita pada purdah yang dipakai,
atau labuhnya jubah yang
digandal.
Namun solehah itu terletak pada hati.
Ramai dikalangan wanita yang
memakai purdah,
tetapi apabila berbicara dengan lelaki,
MasyaAllah! huh...

jauh sekali
dengan penampilan,
hanya indah khabar dari rupa,
hidup hanya untuk sedap di
pandang mata.
Sahabat,

bukan begitu caranya mejadi wanita solehah.

Tak kurang juga yang
memakai sarung lengan,
sepatutnya bila kalian memakainya,
cubalah kalian
sembunyikan menggunakan lengan baju dengan semampunya.
Inikan tidak, lengan baju
yang elok kalian sinsingkannya
(lipatkan untuk menampakkan sarung lengan).
Untuk
apa?untuk menunjuk-nunjuk?.

Kalau begitu
sama sahaja kalian dengan Mami Jarum
yang suka menunjukkan perhiasannya.
Dan kalian akan bersama-sama golongan
seperti mereka menghirup azab api neraka.

Bukanlah bermakna saya
menafikan kebaikan berpurdah atau tidak menyukainya,
namun peringatan agar
dalam melakukan sesuatu keharusan kita tidak menambahkan lagi dosa.
Biarlah
sucinya hati itu sesuci pakaian yang ada di tubuhnya, walaupun kita mengerti
bahawa begitu sukar untuk mendapatkannya,
tapi kita mesti teruskan usaha.
Sesungguhnya
Allah senantiasa bersama sangkaan hambanya.
Ikhlas Menutup Pintu
Fitnah,

Pemakaian purdah
sebenarnya bertujuan untuk menutup pintu fitnah,
bukan menambahkan lagi
kuantiti wanita yang bergelar solehah hanya di wajah.
Sekalipun kalian
berpurdah,
belum tentu kalian memakainya semata-mata kerana Allah,
renungkanlah
apakah sikap dan sifat di bawah adalah kelakuan kalian :
Suka mengupload gambar
berpurdah/berpenampilan solehah di Facebook
Menampakah wajah tanpa
purdah
kepada lelaki muhrim yang dicintai melalui
Yahoo Mesengger
atau
sebagainya
Memakai purdah hanya
di tempat-tempat tertentu
Memberikan gambar yang
berpenampilan solehah kepada lelaki muhrim
Andaikata salah satu
atau lebih daripada ciri-ciri yang saya berikan adalah wujud dalam diri kalian,
maka muhasabahlah dan bertaubatlah kepada Allah memohon keampunan.
Sesungguhnya
mereka yang berpurdah itu hakikatnya mereka ingin menutup pintu fitnah pada
diri mereka,
tidak ingin dilihat oleh lelaki sekalipun wajah itu adalah ruangan
halal untuk di zahirkan.
Apatah lagi untuk dikongsi-kongsikan.
kenapakah kalian tidak pernah terfikir di benak
fikiran?
Maksiat Di Sebalik
Tudung

Fenomena yang tidak
asing lagi mewarnai wanita bertudung, ada sebahagian wanita
yang mengambil
kesempatan bertudung
untuk melindungi dirinya daripada disangka buruk bila
bersama-sama dengan lelaki,
sehingga tudung itulah yang dijadikan penutup wajah
lelaki yang bersembunyi di sebalik tudungnya,
membenarkan teman lelaki
memuaskan nafsu serakahnya, bahkan ada yang jadikan tudung sebagai pakaian
untuk mengaburkan mata manusia daripada mengetahui bahawa ia sedang hamilkan
anak luar nikah.
Kalau pakai tudung,
orang takkan nampak ada dua tangan jantan
yang sedang memegang "tombol" api neraka di badannya.
Wanita inilah
yang menodai kesucian mereka yang benar-benar memakainya kerana mematuhi
syariat Allah.
Demikianlah wanita yang bergelar calon ahli neraka yang akan menerima azab siksaan hari akhirat nanti.
Demikianlah wanita yang bergelar calon ahli neraka yang akan menerima azab siksaan hari akhirat nanti.
Ambillah nasihat yang baik daripada
bicaraku ini.
"Sesungguhnya
Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang menyucikan
diri"
(Al-Baqarah [2]: ayat 222)
NAUZUBILLAH ...
moga kita dijauhkan dari perkara-perkara
yang tidak baik..
insyaALLAH....
bye
wassalam
NAUZUBILLAH ...
moga kita dijauhkan dari perkara-perkara
yang tidak baik..
insyaALLAH....
bye
wassalam

8 ulasan:
tahniah sbb mampu berpurdah..
ana x skuat itu.
syukran ukhty .. ana rasa ukhty boleh lebih dari ana.. insyaALLAH.. yg penting niat kerana ALLAH ok..:)
SubhanAllah...menarik dan sgt terkesan pd hati ini...smpai mnitiskan air mta..tahniah dik..Akak nk mohon kongsi penulisan ini di bLog akak yea...smga mmberi manfaat...
salam akak . nanti akak add saya di FB , dan saya bagi pada akak di msej chat sebab x boleh copy.. hehe ,, x tahu nak buat cmna .. maaf ya.. ok :)
Alhamdulillah...ada juga yg membuka mata ana utk memikirkan kembali soal ytk memakai purdah...sememangnya niat di hati mm utk berpurdah,bg mengelak fitnah..tetapi belum mampu lagi untuk meguji sekuat mana iman ana...syukran jazilan di atas perkongsian tersebut..sama-samalah kta musabah diri ini..semoga menjadi insan yang lebih bertaqwa dan solehah..amin
subhanallah! moga Allah mnjaga dirimu ukhti. tulisan yg bermanfaat...
terharu membacanya. mohon share?
salam akak.. banyak yang saya dapat dari blog nie.. terima kasih akak sudi sharing2 nie.. hehe.. akak, sy xpernah pakai purdah.. tapi inshaallah kalu blh nak rase macam mane perasaan bile memakainya.. suatu hari nati.. inshaallah semuanya kerana Allah.. :)
Salam... ya ukhty...trsentuh hati sy bila membaca blog d atas....akak sy nk tanye seperti yg akak sebut d atas
Bagaimana pula org yg br sarung lengan nk sorokkan jika lengan bajunya pendek
Catat Ulasan