nuffnang

Palestin Kini...! Ayuh Berjihad!

Rabu, 16 November 2011

...: :Rancangan ustazah Pilihan: :...




Oleh kerana
 ada seseorang yang meminta untuk ana mengulas tentang rancangan televison astro oasis yang terbaru,
 iaitu Ustazah Pilihan,
 maka sedikit sebanyak akan cuba ana mengulas tentangnya.
komen sket pasai program realiti ustazah pilihan dan wanita solehah..
 Baik!
Ustazah Pilihan’ merupakan sebuah program realiti TV yang terbaru akan muncul di Astro Oasis.



 Tujuan program ini
 adalah tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memaparkan para muslimah
 yang akan dibentuk sebagai seorang muslimah yang sejati.




 Pendek kata, mana-mana ‘ustazah’ yang memenangi program realiti TV ini bakal dilihat seperti ‘bidadari dunia’,
 sempurna untuk hati seorang lelaki.
Bagi ana,
 program ini sama sekali tidak sesuai.
 Bukan kerana
 identiti syiar Islam tidak suka dipertonton,
 tapi...
  menyalahi konsep seorang muslimah yang penuh dengan sifat Al-Haya (Pemalu) dan yang paling utama,



 kaum hawa ini merupakan fitnah terbesar di dunia ini! Apatah lagi dalam keadaan masyarakat kita yang berada dalam kejahilan sekarang ini.

Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”
(Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)


Kulasan ana :
1) Ana yakin dan percaya bukan semua muslimah setuju dengan program sebegini.
 Bahkan bagi ana mungkin juga program ini akan terjatuh dalam hukum yang HARAM.
 Apa yang HARAM? Aurat dah tutup,
 muslimah lagi 2..



 Oleh sebab kejahilanlah maka,
 masyarakat sekarang cukup dengan mempunyai pesepsi menutup aurat sudah memadai! 
Yang HARAM adalah fitnah yang akan berlaku pada program ini,
 dan
 pada wanita-wanita ‘muslimah’ yang berada dalam program ini. (memandangkan tv bukan hanya ditonton oleh kaum hawa)
Namunpun begitu,
 ana bukanlah seorang ulamak mujtahid yang boleh menjatuhkan hukum,
 cuma ana mengkiaskan daripada hadith2, dan apa yang ulamak sebut.
 Ana akan rujuk pada guru ana untuk lebih lanjut.
2) Perhiasan yang dipertontonkan orang mengundang bahaya. (wajah, bentuk badan, dan kadang2 kerana ciri ‘solehah’ yang ditonjolkan! )
Nabi SAW bersabda :
 “Seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah”. Allah pula berfirman di dalam surah Ali Imran,
 ayat 14 :
 “Dihiaskan bagi manusia itu dengan kesukaannya pada shahwat berupa wanita….”.

Dalam konteks ini,
walaupun rancangan ini merupakan rancangan ‘Ustazah Pilihan’ 
pastinya segala aurat sudah ditutup
 bahkan mungkin lebih baik daripada itu. 




Namun sebenarnya rancangan ini sekaligus menjadi ‘santapan’ lelaki yang bermasalah hati.
  Muslimah bukan perempuan murahan. 
Tidak diperagakan menawan dihadapan lelaki ajnabi, bahkan mengenalinya sahaja cukuplah dengan nama. Rancangan ini bakal merosakkan hati-hati kaum laki-laki hatta para Ustaz,
 sekaligus mengundang fitnah yang terbesar.
Mat rempit memang tak tengok cerita macam nie.. tapi ustaz-ustaz?? yang muda mudi..
 yang asalnya berusaha untuk mengikut jalan Islam, menjadi pemuda pemudi yang soleh..
 tapi
 disebabkan tipu daya yang berlaku sekarang..
maka
 semuanya rosak binasa!
3) Cukuplah kalian menjadi Muslimah di hadapan mata suami / bakal anda sendiri.
 Muslimah adalah perhiasan yang terbaik untuk suaminya.
 Perhiasan yang sangat cantik di dunia. 
Melihatnya sahaja walaupun dalam keadaan berpakaian penuh mampu mengundang syahwat dan nafsu.

 

 Bahkan bukan sahaja mengundang bahaya kepada dirinya sahaja dari segi keselamatan (maklumlah, jika dah terkenalkan…), malahan mengundang bahaya kepada dirinya dari segi ‘title’ muslimah itu sendiri.
Silap hari bulan,
 suami perlu bersabar dengan peminat si isteri, bukan terkenal kerana ketokohan,
 tetapi terkenal dengan kata-kata begini :
 “Eh.. Ini pemenang ustazah pilihan kan?”
4) Muslimah mulia dengan sifat malunya.
 Biarpun hari ini,
 ramai yang berkata perlunya muslimah bekerjaya, biar berdiri setanding dengan muslimin,
 malunya muslimah itu sentiasa ditutupi dengan kesederhanaan.
Seorang muslimah sepatutnya sudah tahu had-had wanita bekerjaya.
 Jika sudah jadi peserta “Ustazah Pilihan”, kepandaiannya sudah pasti diujibakat dan dipertontonkan,
 kepimpinannya juga diujibakatkan dan dipertontonkan, 
tatasusila juga diujibakatkan
 dan
 dipertontonkan…
 Manakah dia rasa ‘malu’ yang seharusnya memberikan ‘keistimewaan’ itu kepada si suami?


5) Pada asalnya ana lihat,
 rancangan ini memang sangat bagus.
 Tapi apabila,
 television ini kita tidak dapat mengawalnya..
 kerana yang laki2 juga tengok. 
Maka kaedahnya menjadi tidak sesuai.
 Cara syiar Islam cuba disebarkan tidak kena pada cara dan keadaan.


 Apa persamaan Imam Muda dengan Akademi Fantasia?
 Mereka ini diperkenalkan dipertunjukkan kehebatannya.
 Baiknya Imam Muda kerana Islam yang disyiarkan.


 Tetapi,
 apa beza Imam Muda dengan Ustazah Pilihan? Persamaannya adalah Islam disyiarkan,tetapi bezanya : Ustazah Pilihan tetap tak kena pada cara…

6) Buat penganjur rancangan ini,
 anda harus siap untuk ditanya kelak oleh Allah taala, dengan apa yang telah anda lakukan.
 Anda mengundangan kepada maksiat dan fitnah.



 Sedangkan pada zaman Rasulullah saw,
 baginda sangat menjaga kemulian seorang muslimah itu.
 Sangat menjaga fitnah antara laki2 dan perempuan. Bahkan dahulu setelah selasai solat jemaah di masjid,
 para jemaah muslimat akan keluar terlebih dahulu.. beredar pergi meninggalkan masjid.
 Kemudian baru diikuti dengan yang laki2…


Dosa yang anda akan tanggung adalah sebanyak mana,

 dan bahkan lagi berlipat2 kali ganda..
 Anda akan menanggung kesemua dosa2 maksiat dan fitnah yang terjadi dalam program ini..
 ‘ Ustazah Pilihan! ‘



Kesimpulanya :
Sebenarnya,
 seorang muslimah sangat mudah untuk memasuki syurga setelah berkahwin.
 Kata guruku,
 mereka hanya perlu menjaga 2perkara :
Yang pertama : Melaksanakan kewajipan sebagai seorang muslim dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Yang kedua : 

 Menjaga suaminya.
Tidak perlu digilapkan
 dirinya menjadi pendakwah yang terbaik
 setanding muslimin
 kerana apabila ia mengundang
 kemurkaan suami,
 telah jadi fitnah ke atas dirinya,
 membuat kesukaran kepada diri sendiri untuk masuk syurga.
 Cukuplah bagi kaum hawa untuk duduk di rumah, menjaga anak2 dan suami.
 Itu sudah sangat memadai!
Wallahaulam.


Ustazah Pilihan : Ustazah Masyitah Ibrahim.
(pakaian ustazah masyitah pun dah macam muslimah dah… )
p/s : Semua coretan ini cumalah kulasan daripada pendapat saya. 
Jika anda mempunyai
 pendapat yang berbeza,
 maka tidak menjadi masalah.
 
Perlu faham diantara
 tanggungjawab dan penyertaan.
 Melebarluaskan dakwah
 memang merupakan 1 tanggungjwb.


 Namun matlamat
 tidak menghalalkan cara.


 Banyak cara
 nak melatih muslimah menjadi duta.
 Kan bagus kalau audition pemilihan tu
 ditukar kepada kursus
 yg diadakan khusus untuk melatih ustazah2 menjadi pendakwah yg berkaliber.



 Bimbang jika dipertandingkan,
 akan mengubah niat yg suci itu.
 Dikhuatiri muslimah sekali lg akn dikomersialkan.
 Maka berjayalah agenda yahudi.
 Fikir2kanlah..


Berikut adalah diantara pendapat yang di keluarkan.
  1. Ustaz Azhar Idrus. Kalau rancangan biasa promote-promote seorang muslimah, cakap itu dan ini, tonjolkan personaliti, tidak patut sebab bercanggah dengan peraturan Islam dalam memelihara kaum wanita.
  2. Ustaz Mujahid. Apa sahaja program yang meletakkan wanita di atas pentas, samaada nasyed atau sebagainya melainkan dia seorang pendakwah, itu pun yang ustazah2 tua2, kerana kalau muda akan menimbulkan fitnah, maka saya berpendapat ianya haram. Apatah lagi dengan program seperti ustazah pilihan ini. Kerosakan akan berlaku. Memperagakan wanita di atas pentas, melihat wajah mereka, mendengar suara mereka. Dan jutaan manusia akan tertumpu kepada mereka. Khususnya kaum adam. Mereka hanya ingin melihat awek-awek tersebut sahaja sebenarnya. Maka, ini boleh menyebabkan si wanita itu turut berdosa kerana membuatkan orang lain berdosa. Apatah lagi di dalamnya, para peserta perlu melakukan perkara2 bid'ah. Itu semestinya haram. saya sangat menentang program seperti ini.
  3. YB Dr Halimah Ali. Pandangan saya untuk pilih Ustazah terbaik untuk sesuatu program memang perlu tapisan dan ujian, tetapi bukan untuk dijadikan program murahan untuk dipertontonkan. Ustazah adalah golongan yang perlu dihormati bukan untuk di aibkan silap dan salahnya dikaca TV.
Wallahhualam.

Selasa, 15 November 2011

~ Menjemput jodoh diatas Hamparan Sajadah panjang, dalam Solat Isthikharah ~







oleh "Sebutir Mutiara
,
Seindah Wanita Sholehah"

 بِسْــــــ...ــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم


 “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah 
Dia menciptakan untuk
 kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, 
supaya kamu cenderung
 dan merasa tenteram kepadanya,
 dan dijadikan-Nya
 di antara kamu mawaddah
 dan
 rahmat.
 Sesungguhnya pada yang
 demikian itu
 benar-benar terdapat
 tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.”

 (QS Ar-Rum [30]:21)




Dari ayat tersebut
 telah jelas bahwa
 manusia diciptakan Allah dengan pasangannya…
 jadi jangan merasa
 berkecil hati 
jika saat ini masih ada yang belum menemukan jodohnya
 atau
 telah bertemu jodoh 
dan 
teryata Allah berkehendak lain
 dengan jodoh tersebut



Urusan jodoh
 memang seringkali di identitikan dengan “rahsia Tuhan”
 yang mengejutkan.
 Seseorang yang berparas menarik
 dan
 memiliki sekian kelebihan,
 tidak kunjung
 juga menemukan pasangan.




 Sementara seseorang
 yang dipandang biasa-biasa saja justeru lebih cepat menikah.
 Hanya saja,
 sebagai rahsia Sang Pencipta
 apakah urusan jodoh memang 
“monopoli”
 Tuhan semata sehingga kemudian layak bagi seseorang bersikap pasrah
 dan
 selanjutnya hanya menunggu jodoh menghampirinya.




 Jodoh memang sudah
 ditentukan oleh Allah tapi bukan bererti kita cuma berdiam diri
 tanpa adanya
 usaha.


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11




Menemukan pasangan
 menuntut sejumlah usaha aktif yang komprehensif.
 Usaha-usaha positif 
dalam menemukan pasangan dapat disebut sebagai 
“menjemput jodoh”, 
yang harus tetap dilakukan pada saat ini.




 Islam malah
 menyebut doa
 sebagai silah al-mu’min (senjata mu’min). Dalam mengenali pasangan,
 manusia tetap dibatasi kemampuannya untuk melihat
 pada aspek-aspek fizikal jasmani..



 Sementara aspek batin yang tersembunyi tetaplah milik Allah. 
Solat Istikharah
 merupakan usaha untuk mengundang peranan Tuhan dalam membantu menentukan calon pasangan. 





Jangan terburu-buru
 untuk memberi atau menerima sebelum usaha berdo’a ini 
dilakukan agar tidak salah pilih.





Begitu dahsyatnya
 keajaiban solat istikharah dalam memantapkan hati dalam menentukan pilihan,
 Bahwasanya orang yang telah melaksanakan
 solat istikharah hendaklah melaksanakan apa yang telah diazamkannya,
 baik hatinya terbuka mahupun tidak .


Bermunajat pada Allah
 dalam sepertiga malamnya
 memohon dberikan pilihan terbaik dalam hidupnya sebuah
 petunjuk dalam memantafkan hati
 atas jodoh
 yg menjadi rahsiaNYA.



Diatas Sajadah
  malam ini aku tertunduk pada gelap dan pekatnya malam,
memuji kebesaranMu 
Ya Allah...


 atas jodoh yang kan kau pilihkan untukku
istikharah mencari jawapan untuk menggapai
 alhub fillah wa lillah

dalam doa
 kubersimpuh pasrah



memohon datangnya
 jawapan kepada Sang Pemberi hidayah
jika jawapan itu masih menggantung di langit
maka turunkanlah
jika jawapan itu masih terpendam di perut bumi
maka keluarkanlah
jika jawapan itu sulit untuk ku capai
maka permudahkanlah
jika jawapan itu masih jauh
maka dekatkanlah,





Duhai kekasih sejati,
 Engkau Mahacahaya,
 Engkau Cahaya di atas Cahaya.
Dalam kerinduan mendalam,dalam tatih meniti Pintu Cahaya,


aku di sini,
 bersimpuh untuk 
menjemput CINTA,
 Cinta Seseorang 
Yang telah kau pilih..
 semoga kan abadi di dunia dan Akhirat




“Ya Allah, 
Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia,
 Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami,
 Tuhan yang Maha Penentu,
 Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami,





 ya Allah,
 aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga.



Ya Allah..
 aku tidak mampu 
menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan.




Ya Allah,...
 jika masanya telah tiba,
 jika apa yang aku
 mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu 
ya Allah,
 terbaik buat agamaku
 ya Allah,
 terbaik buat diriku, 
keluarga
 dan seluruh mukminin
 dan mukminat 





ya Allah,..
 maka aku memohon kepadaMu 
ya Allah agar
 aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu ya Allah.
 Setiap yang terbaik di sisiMu
  ya Allah,
 pasti terbaik buat diriku
 ya Allah.



Namun 
ya Allah, 
jika masanya untuk 
dipertemukan dengan jodohku 
belum tiba
 ya Allah,
 maka ya Allah,
 aku memohon kepadaMu agar
 Kau tunjukkan
 jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku


 ya Allah...



 Aku memohon agar 
Kau tunjukkan aku
 tuntutun-tuntutanMu 
yang perlu aku lakukan
 untuk memiliki jodohku
 ya Allah.



 Ya Allah, 
 Tuhan yang Maha 
Memakbulkan doa,
 Tuhan yang Maha
 Penentu jodoh,
 ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan,
 jauhilah aku
 daripada perkara-perkara
 yang tidak dapat memberikan manfaat, jauhilah aku 
dariapda perkara-perkara yang Engkau murkai 
dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku ya Allah.
  Amien



Jadi,
 bagi yang belum berjodoh, 
bersikaplah optimis,
 temukan serta jemputlah
 calon jodoh anda dengan ikhtiar yang semampunya.
 Yakinlah bahwa Allah telah menentukan segala sesuatu
 berpasang-pasangan. 


Mudah-mudahan Allah membimbing usaha anda untuk sampai pada jodoh yang ditakdirkan. Amin.




Semangat Sahabat Fillah jemput Jodoh Anda sekarang jika
 sudah ada keyakinan dalam hati…
 semoga diberikan yang terbaik dan diredhai Allah.



Jangan menyerah kegagalan 
yang pernah terjadi
 dalam menjemput jodoh
 bukan bererti 
kegagalan selamanya.
Satu prinsip yang kan selalu melekat dihati 





" La Tahzan Innallaha Ma'ana"
Senyum terindah tuk jodoh yang Allah persiapkan




"Jangan bersedih,,,
  sesungguhnya Allah sentiasa
bersama-sama dengan kita"..

                              



 Semoga catatan ini bermanfaat  




 .¸.•´¸.•*¨)
(¸.•´ (¸.•´ 

  
♥♥ Aamiin ya Rabbal 'alamiin  


♥♫♥♫Salam Ukhuwah Fillah

 ♥♥


bye2!!! 




^___^ 

wassalam

jom tutup aurat !!

jom tutup aurat !!