Sabtu, 12 November 2011

~ TIPS MENGELAK DIRI DARIPADA TERJEBAK DENGAN CINTA ~




1. Katakan "TIDAK" pada CINTA.
2. Katakan "CINTA" itu maksiat dan dosa..
3. Katakan "CINTA" itu menjatuhkan maruah...
4. Oleh itu, JANGAN berbincang tentang cinta. Tiada faedah..
5. Oleh itu, JANGAN berkawan dengan orang yang dilamun cinta.. Nanti terpengaruh.
6. JANGAN membuka ruang diri untuk bercinta dan dicintai.
7. BILA perasaan terlonjak-lonjak untuk bercinta. berISTIGHFARLAH....mohon keampunan, dan mohon kekuatan menghadapi ujian.
8. BILA berhadapan berhadapan dengan panggilan "CINTA", bisikan pada diri, "Ini adalah hasutan syaitan".
9. BILA ada orang melafazkan kata "CINTA".. katakan, "Aku takut larangan ALLAH"
10. INGATLAH, orang yang didesak oleh perasaannya untuk bercinta tetapi dia melawan perasaannya, iman dan hatinya sedang di uji oleh ALLAH, supaya ALLAH melihat bagaimana hamba-hambanya berusaha mentaati-Nya...
11. INGATLAH, orang yang tinggi maruahnya tidak akan bercinta kecuali dengan pasangan hidupnya yang sah nanti selepas ijab dan kabul..
12. INGATLAH, CINTA remaja tidak kesampaian. Jika samapai ke jinjang pelamin, ia menjadi HAMBAR....

KEBURUKAN CINTA : 

1. Hilang tumpuan belajar..
2. Kekecewaan dan kegagalan..
3. Keluh kesah dan tidak tenang..
4. Hilang maruah diri..
5. Kemusnahan diri..
6. Sesat dari jalan lurus..
7. Tiada rahmat dan keberkatan..

Doa :

Ya ALLAH...
Engkau yang menciptakan diriku..
Engkau tahu tentang kelemahanku..
Engkau tahu betapa nafsuku sentiasa bergelora, iblis dan syaitan yang selalu mengintai kelemahanku...
Justeru itu,
berilah kekuatan kepadaku, sepertimana Engkau telah berikan kepada Yusof untuk menghadapi Zulaikha. Bantulah aku untuk menghadapi ujian gelojak nafsu keremajaan ini, 
Bantulah aku untuk melentur nafsuku supaya sentiasa taat kepada-Mu...

Ya ALLAH...
RahmatMu seluas angkasa raya,
Keampunan-Mu mendahului azab-Mu,
Kasih-Mu lebih daripada kasih seorang ibu..
Limpahkanlah kasih sayang-Mu kepadaku..

Ya ALLAH...
Penuhkanlah hatiku dengan CINTA-Mu,
CINTA kepada Rasul-Mu,
CINTA untuk masuk ke syurga-Mu.....
Amin Ya Rabbal A'lamin...
^_^

Tiada ulasan:

jom tutup aurat !!

jom tutup aurat !!