Selasa, 3 Julai 2012

~ BONGGOL UNTA ZAMAN MODEN !! ~













Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :
 
"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian." 

(Riwayat Muslim).


 Hadis di atas jelas memberitahu kita tentang memakai
sanggul yang tinggi oleh perempuan sekarang....mreka ini tidak akan mencium bau syurga... 




ana tak mengata cuma mengingatkan sesama kita...

insyaALLAH... bukan ke ALLAH dah pesan dalam Al-Quran :






maksudnya : 


 “Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang beriman, hendaklah mereka tutupi seluruh tubuh dengan jilbab mereka, demikian itu agar mereka mudah dikenal dan tidak diganggu, Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” 
(Al-Ahzaab, 59)



 Allah s.w.t yang menciptakan lelaki dan perempuan, maka Dia lebih tahu betapa berminatnya kaum lelaki ni kepada kaum perempuan... hurmm... sedih kan


 tengok ni... 






 jom2..


 ana nak citer tentang 
kesalahan wanita dalam menutup aurat...




 KESALAHAN WANITA DALAM MENUTUP AURAT :


1.Perempuan Islam itu TIDAK GUNA
  kain yang nipis untuk membuat bajunya,
 sehingga terbayang kulitnya.
 Kerana dia tahu,
 bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.




"am yashluh an yura minha”
(tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya)




 2. Perempuan Islam itu memang TIDAK GUNA 
   rantai kaki yang berloceng
 utk dililitkan pada kakinya
. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing


dan 
menarik perhatian orang lain
, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT.


 Dia tahu sekiranya dia memakainya

 juga dia telah melanggar
 larangan Allah dalam
 ayat 31 surah An-Nur.
 



 3. Perempuan Islam itu memang TIDAK GUNA
minyak wangi yang baunya semerbak. 


Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi 
kerana kadar kemeruwapannya tinggi. 


Biasanya kekuatan bau ini 
menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol
 (secara kimia) 
yg digunakan utk membuat pewangi itu.
 Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi.


Sabda junjungan bahawa :

" wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. 
Bukan tidak boleh berwangi-wangi
 tetapi
 bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut."





4. Perempuan Islam itu memang TIDAK GUNA kata-kata yang keji
, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji
 adalah mereka yang rendah akhlaknya.



 Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat,
 adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya.


Dia tahu bahawa
 perumpamaan
 perkataan yang baik 
dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam
 ayat 24-26 surah Ibrahim.



5. Perempuan Islam itu TIDAK GUNA masa berborak
 untuk mengatakan hal-hal
 orang yang disekitarnya
 atau
 dengan kata lain mengumpat,
 memperkatakan keabaian saudaranya.. 




Dia tahu bahawa sekiranya
 orang yang suka mengumpat baik lelaki 
atau
 perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.

 Apakah sanggup kita memakan
 daging saudara sendiri?


 Persoalan ini ditanyakan
 kepada kita dalam firmanNya
  ayat 12. 
surah al-Hujurat.




6. Perempuan Islam itu memang TIDAK GUNA 
tudung tiga segi, 
apabila memakainya diselempangkannya
 sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya.


 Sememangnya ia menjadi
 tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan.



 Dia tahu apabila bertudung,
 dia mesti melabuhkan tudungnya
 sehingga
 menutup alur lehernya
 dan tidak
 menampakkan bentuk di bahagian dadanya. 


Pesan Rasul


 seperti yang disuruh oleh
 Allah tersebut dalam
 ayat 59 al-Ahzab..

  Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami
 mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya




 7. Perempuan Islam yang memahami etika dalam islam memang TIDAK GUNA
  lenggok bahasa yang boleh
  menggoda seorang lelaki.



Jika bercakap dengan lelaki
 yang bukan mahramnya, 
bercakaplah dengan tegas.


 Jangan biarkan suara lentukmu
 untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya.


 Sememangnya suara
 perempuan bukanlah aurat,
 jika aurat
 maka Allah tidak akan
 menjadikan perempuan boleh berkata-kata.


 Bertegaslah dalam percakapan,
 jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu.


 Bahaya suara wanita
 yang bercakap dengan gaya memujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki
 (yg bukan mahramnya)
 dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. 



Makna ayatnya lebih kurang begini





”Maka janganlah kamu
 tunduk dlm berbicara sehingga
 berkeinginanlah orang
 yang ada penyakit dlm
 hatinya dan 
ucapkanlah perkataan yang baik”



 ‘Tunduk’ di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang 
boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka.

 “Penyakit dlm hati”
 adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina.

 Mengapa?


 Lelaki sangat mudah tertarik
 kpd seorang wanita melalui suaranya.









8. Perempuan Islam yang menjaga maruah
 Islam memang TIDAK GUNA alat make-up
 untuk menonjolkan kejelitaannya
 melainkan di hadapan suaminya sahaja. 



Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan
 kepada wanita muslim (muslimah)
 kerana semestinya kecantikannya
 adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya.


 Jika ingin keluar bekerja, 
dia memakai make-up secara
 bersederhana sahaja
 sehingga tidak jelas kelihatan
 pada
 wajahnya dia bersolek.

 
 Jangan bersolek sehingga cantiknya anda



 sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. 
Hendak bergincu?
 Jika bergincu,
 pakailah yg tidak menyerlah warnanya.
 atau
 Mengapa tidak pakai
 lipstick-non-glossy
 atau lipbalm sahaja?







9. Perempuan Islam TIDAK GUNA
  kain tudung yang jarang-jarang
 seperti jarangnya jala yang digunakan 
untuk memukat haiwan akuatik.
 Kerana apabila memakai tudung seperti ini, 
akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi 
dari pandangan orang lain. 



Rambut adalah mahkota,
 tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak ‘berharga’ 
dengan menayangkannya
 tanpa sebarang perlindungan.



 Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar,
 dan ditambah pula pengwal
 untuk menjaga keselamatannya,
 maka demikian juga dengan rambut wanita. 



Sangkar itu adalah
 kain litup yang sempurna
 dan pengawalnya pula
 adalah ilmu yang diamalkan oleh
 anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.

Teringat ana pada suatu ketika dahulu,, 
ana keluar depan rumah 
pakai tudung pun 
orang akan cakap,, 

"kenapa dah alim ke?" 

hurmm ..




sedih betul.... ish2.. masih ada yang tak paham 
tentang kewajipan menutup 
aurat dengan sempurna..hurm.

pakai tudung labuh sikit,
cakap alim,
pakai jubah selalu,
pun cakap alim..
pelik2... 

biarlah ana pakai baju KETINGGALAN zaman...

DARI..

ana memakai baju AKHIR zaman..








10. Jadilah perempuan Islam & muslimah yang 

B E R G U N A


JOM TUTUP AURAT !! 



bye2!!



wassalam

Ahad, 1 Julai 2012

~ Benarkah muslimah masih lagi terjebak dalam penzinaan..??? ~




Sabda Rasulullah SAW :


" Setiap mata berzina, 
seorang wanita bila memakai bau-bauan,
kemudian dia lalu
 di hadapan orang pada suatu majlis, 

 maka wanita itu (sama dengan ) berzina"

. (HR Ahmad dalam musnadnya,dan oleh Tirmizi dari Abu Musa Al-Asy'ari)

jelas bukan dengan hadith di atas??




  kali ini suka 
 ana berkongsi pembacaan
 ana daripada buku Fiqih wanita.
 Di dalam buku ini,...

 banyak membincangkan tentang beberapa larangan di dalam Islam ke atas wanita.

 Apa yang ingin ana


kongsi dalam posting kali ini ialah larangan dalam Islam ke atas wanita memakai bau-bauan. 

dalam Islam
 sangat melarang
 wanita memakai bau-bauan keluar rumah,
 kerana dikhuatiri baunya tercium oleh lelaki,




 seperti mana hadith di atas.



Diriwayatkan oleh:










Abu Daud,
Nasai 
dan
 Ibnu Majah,

 bahawa abu Hurairah menceritakan,

 dia bertemu dengan seorang wanita,
 maka tercium olehnya dari wanita tersebut bau harum-haruman, 
sedangkan angin berputar di sekitarnya. 
Kata Abu Hurairah, 



"Hai hamba Allah! Apakah engkau dari masjid?".

 jawab wanita itu, 
"ya, betul". 

Tanya Abu Hurairah, 
"Apakah engkau memakai bau-bauan ke masjid?".

 jawab wanita,
"ya, aku memakainya".





Aku mendengar kekasihku
 Rasulullah SAW bersabda : 

"Allah tidak menerima solat wanita yang memakai bau-bauan ke masjid ini,
 sehingga dia pulang
 lalu dia mandi seperti junub"

 (Hadis ini diriwayat dari berbagai jalur, antara lain seperti yang diriwayat oleh Baihaqi).




Wanita-wanita
 dilarang memakai bau-bauan bila datang ke masjid kerana harum-haruman
                 dapat membangkit nafsu syahwat.



 Ibnu daqiqil 'Aid mengatakan sebagai dinukil
 oleh
 Imam Nawawi dalam Faidhul Qadir, 

"wanita yang hendak pergi ke masjid diharamkan memakai bau-bauan kerana bau-bauan dapat merangsang nafsu syahwat".


Tidak ada yang meragukan





bahawa larangan memakai harum-haruman
 terutama ditujukan untuk
 orang-orang yang pergi ke Masjid.

Tetapi..




sesungguhnya larangan itu mutlak bagi setiap wanita bila keluar rumah, 
baik dia pergi ke amsjid atau ke tempat lain,
 berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Nasai,
 Abu Daud,Tirmizi,Al-Hakim,Ahmad,Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dari sumber Abu Musa Al-Asy'ari yang berbunyi :


"Siapa di antara wanita
 yang memakai harum-haruman,
 kemudian dia lalu di hadapan orang-orang supaya tercium bau harumnya, maka wanita itu (sama dengan) berzina".

(Kata Tarmizi,hadis itu sahih)






Diriwayat pula oleh Tirmidzi bahawa Rasulullah saw bersabda :

"wanita yang mempamerkan diri
 dengan memakai perhiasan di hadapan orang yang bukan keluarganya,
 tidak ubahnya dia bagaikan berada dalam kegelapan hari kiamat, 
tanpa cahaya sedikit juapun".





Kata Ibnu Hajar dalam 'Azzawajir',

  "Bila wanita keluar rumah memakai bau-bauan dan berhias,
 maka itu termasuk dosa besar,
 sekalipun diizinkan suaminya".




Wahai wanita muslimah!




 Taqwalah kepada Allah 
dengan mematuhi
 segala peraturan agama. 
Janganlah keluar rumah memakai bau-bauan
  dan perhiasan..


inilah sekadar perkongsian
 pembacaan ana kali ini..



 semoga sama-sama kita
 sebagai muslimah menjauhi

 perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT.. wallahu'alam..

bye2..





Jumaat, 29 Jun 2012

~ CINTA ATAS DASAR TAQWA KERANA ALLAH SWT ~





 "Cintailah sesuatu sekadar saja., 
 
 berkemungkinan ia akan menjadi kebencian

 pada suatu ketika,

 bencilah yang engkau benci

 itu sekadar sahaja,

 berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu
 pada suatu ketika"

Allahukbar...

 orang yang paling menyakitkan hati kita
  ialah
 dia yang paling kita cintai.

 Ramai orang hancur hidupnya kerana putus

 CINTA..

Cinta seseorang itu kerana Allah..
InsyaALLAH..

jika tiada cinta 
untukmu..

biarlah Cinta Allah, Rasul dan keluarga 
menjadi kekuatan cinta
pada dirimu..


Bagi ana ukhuwwah
 antara sahabat-sahabat
lebih manis rasanya..


semoga Allah memberi kekuatan 
kepada kita untuk
 kita mencintaiNya 
lebih dari segalaNya..
  
Wassalam






jom tutup aurat !!

jom tutup aurat !!