Isnin, 25 Jun 2012

~ Mar'atus Solehah ^____^ ~

  Assalamualaikum....
 hai....

ermm..sedih pulak...
 bila terfikir balik...
ana ni banyak berjiwang2  di blog ni..hehe
almaklum lah..
 baru biase guna.. 
 hurmm.er..
semalam ana dapat mesej
 dari ustaz ana....errr..



ana nak minta maaf ye pada ustaz ana..


ana cuma...
nak menjaga hati
 dari membalas mesej ustaz ..



 asif jiddan ye ustaz..
 harap2 ustaz paham ye
, ana cintakan ALLAH bukan sebab ana ada
TUNANG ke ape2 ke.. hehe jangan risau ye ustaz! 


 "sebaik2 
perhiasan di dunia
 adalah mar'atus
 solehah"
 insyaALLAH... hehe..



bagi ana couple tu x penting....




yang penting adalah nikah ustaz....



dinikahi perempuan itu kerana 4 perkara : 



1. kecantikannya... 



  2. hartanya....




3. keturunannya....



4.dan pilihlah agamanya 



  pilih lah yang beragama
 kerana
 engkau akan bahagia
 untuk
 selama2nya..
          
 wanita solehah
 itu lebih baik dari bidadari
  syurga..
      insyaALLAH    









Selasa, 5 Jun 2012

~ Aku adalah milik ALLAH ~

 Aku adalah milik ALLAH.....



Andai kamu menginginkan ku..
Maka pintalah pada pemilik ku....
Iaitu pencipta diriku dan dirimu.....
 
Ketika engkau memilih pilihlah PILIHAN yang mendekatkan dirimu dengan ALLAH...
Peliharalah hatimu dari cinta DUNIAWI...
 Moga sejuta harapan kehadiran cinta Ilahi..

 Dengan mencintai ALLAH....
JIWAmu yang terluka itu akn sembuh...,
 HATImu yang gundah akan tenang...,
 HATI yang gelap akan terang-benderang,
 CINTAILAH ALLAH kembali kerana itu fitrah setiap insani hidup sebagai hambaNYA......

 Keyakinan kepada ALLAH adalah ibarat air KEDAMAIAN yang tak pernah kering menjadikan orang muslim tetap tegar di saat orang lain berguguran dan tetap tenang disaat orang lain ketakutan ...
biar rebah

 jangan berubah..


biar terbuang

 terus berjuang...

insyaALLAH....
Ujian adalah TARBIYAH dari ALLAH...
Semakin dekat bahtera kita kepadaNYA...
semakin hebat taufan melanda...

BAHAGIANYA...
bila ramai yang sayang tapi jangan lupa ada juga yang membenci..
 biarlah orang berjauh hati..
 jauhi dari saling berdengki lalu jangan gusar hati, ALLAH Maha Mengetahui apa yang tersirat di setiap hati....
Cinta itu adalah ujian ..,

Allah ingin PEMBUKTIAN dari hambaNYA bahawa cinta makhluk tidak melebihi cinta kepadaNYA...
CINTA HARUS,,,

COUPLE ITU HARAM,,,

Haramkah andai aku mencintainya keranaMU ya ALLAH ...

Ya Allah ...sesungguhnya tidak mampu untuk ku halang rasa cinta yang hadir di hati ini.. 
Semakin ku cantas ia semakin ia subur bertunas di taman hatiku ...
Namun haruskah aku terus mencintainya..
Haramkah jikalau aku terus mencintainya walau dalam sepi sekeping hati....

Ya ALLAH ...

kau peganglah hati ini daripada terjatuh dalam lautan cinta nafsu...
Jangan biarkan hati ini hanyut dalam buih-buih lautan kemaksiatan...

Biarkan cinta dihati ini mekar di Taman SyuhadahMU..... 
Daku hanya inginkan cinta yang halal di dunia dan akhirat..

Sesungguhnya rasa cinta ini merupakan fitrah manusia yang amat bermakna..
Dari kejauhan disulami kesederhanaan dan keikhlasan  ..

Jika benar cinta itu kerana ALLAH...
 Maka biarlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH..
insyaALLAH...
kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH....
maka ia berhilir hanya kepada ALLAH...

 
Cinta adalah milik ALLAH..
 perginya cinta dengan izin ALLAH..
Hilangnya cinta atas kehendak ALLAH...
 Dicintai dan mencintai adalah anugerah ALLAH..
dan jadikanlah cinta manusia sebagai jambatan atau perantaraan untuk meraih cinta ALLAH...
kerana itu cinta yang HAKIKI..
insyaALLAH...
AMIIN...
Adakah aku layak mencintai seseorang hanya keranaMu ya ALLAH....
Aku ingin menjadi makmum kepada seorang IMAM,,,
 Aku ingin menjadi sayap kiri kepada seorang khalifah,,
Aku ingin menjadi pendengar kepada seorang DA'IE,,,
Aku ingin menjadi mujahidah kepada seorang MUJAHID,,,
 Aku ingin menjadi zaujah kepada AMIRUL JIHAD...,
Aku ingin memberi cintaku kepada insan yang mencintai ALLAH lebih dari segalanya...,

 INSYAALLAH...


"Allahumma innii as'aluka hubbaka wa hubba man yuhibbuka wal 'amalal lazii yubbaligunii hubbaka..
Allahumma'jal hubbaka ahabba ilyya min nafsi wa ahli.... "


 Ya ALLAH,,,

 aku memohon curahan cintaMU...
dan kecintaan orang-orang yang mencintaiMU serta memohon curahan amal yang dapat menghantarkan diriku untuk mencintaiMU

ya ALLAH...

jadikanlah kecintaanku kepadaMU lebih tertanam dalam jiwaku melebihi kecintaanku diri sendiri dan keluargaku...
AMIIN YA RABB...













Selasa, 17 April 2012

: : IKHWAN SOLEH IDAMAN AKHWAT SOLEHAH : :




Lelaki idaman ana adalah lelaki yang beriman,


Yang hatinya bersalut rasa taqwa kepada ALLAH,
Yang jiwanya penuh dengan penghayatan terhadap Islam,
Yang sentiasa haus dengan ilmu...,

Yang sentiasa dahaga dengan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak takut untuk berkata benar,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan ALLAH,

Lelaki idaman ana adalah lelaki yang menjaga tutur katanya,


Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang di carinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.

Lelaki idaman ana adalah lelaki yang menghormati ibunya,


Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat,

Lelaki idaman ana sentiasa bersedia untuk menjadi Imam,


Yang boleh di ajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya,

Lelaki idaman ana tidak pernah membazirkan masa,


Matanya kepenatan kerana penat membaca,
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya subuh penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan,

Lelaki idaman ana sentiasa mengingati mati,


Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian,

Lelaki idaman ana adalah lelaki,


Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpika syurga,
Di situlah rumah idamannya,
Dan dia ingin membawa ana bersama,

Dialah lelaki idaman ana....

www.ansroullah.blogspot.com

~ PESAN IMAM HASSAN AL-BASRI ~

 



"Sesungguhnya jika aku sedang menasihati kamu ,
 

bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu.

Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu,

kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.

Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna,

nescaya tidak akan ada pendakwah.

Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."

UNTUKMU WANITA PENGHUNI SYURGA...AMEEN..

 

"Wanita yang solehah tersenyum dalam kesusahan, mendapat kekuatan melalui doa, menenangkan hati melalui istighfar, dan mendidik diri melalui solat yang khusyu'. Susah itu tarbiyyah, sabar itu indah..."

“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”
|riwayat Al Bazzar|

Ibnul Qayyim RA berkata

“Jika ia memasuki istananya – yakni wanita penghuni syurga dari penduduk dunia – segala sesuatu di syurga menjadi terang, dan jika ia berbicara dengan suaminya, suaminya akan terbuai hingga lupa pada syurga, dan terpaut dengan isterinya.”




~ JADILAH AKU INSAN YANG SOLEHAH ~






"Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit " [Surah Ibrahim (14) : 24]
Perkataan yang baik,





 adalah sesuatu yang menyejukkan jiwa
 malah ia sebenarnya mampu membangkitkan perasaan untuk terus bergerak dan memacu perubahan diri.
Kalimah yang baik adalah perkataan yang dapat memberikan ketenangan,





 kebahagiaan dan ketenteraman kepada sanubari insan yang mendengarnya dengan jiwa yang lapang.
Kata-kata yang baik
 dapat menegakkan prinsip,





 menghidupkan roh,
 mendorong seseorang menuju kebenaran dan membina generasi yang berwawasan.
Kata-kata yang baik,
mampu mengetuk jiwa,






 mendiamkan perasaan gundah,







 membuka mata,







 memukau seisi dunia dan menciptakan ketenangan yang luar biasa.






Inilah penangan kata-kata,





 bicara dan seruan kebaikan.
 Dan, kebaikan itu adalah daripada Rabb yang HAQ – Allah S.W.T.

jom tutup aurat !!

jom tutup aurat !!