Lelaki idaman ana adalah lelaki yang beriman,
Yang hatinya bersalut rasa taqwa kepada ALLAH,
Yang jiwanya penuh dengan penghayatan terhadap Islam,
Yang sentiasa haus dengan ilmu...,
Yang sentiasa dahaga dengan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak takut untuk berkata benar,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan ALLAH,
Lelaki idaman ana adalah lelaki yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang di carinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.
Lelaki idaman ana adalah lelaki yang menghormati ibunya,
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat,
Lelaki idaman ana sentiasa bersedia untuk menjadi Imam,
Yang boleh di ajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya,
Lelaki idaman ana tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana penat membaca,
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya subuh penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan,
Lelaki idaman ana sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian,
Lelaki idaman ana adalah lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpika syurga,
Di situlah rumah idamannya,
Dan dia ingin membawa ana bersama,
Dialah lelaki idaman ana....
www.ansroullah.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan