Dakwah bukan untuk orang yang takut untuk bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang mudah bosan,
melarikan diri,
lompat-lompat,
sekejap down-sekejap up,
dan cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program yang senang
dan mudah untuk dia ikuti,
yang penat,
bersusah payah mengelak.
Ia bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diri diuji oleh Tuhan.
Jika tidak,
batang hidung pun tak nampak.
Tarbiyyah
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya sebagai jalan untuk mencari
calon akhawat
atau ikhwah sebagai sang isteri atau suami,
yang mengikuti hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan di saat dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang didapat,
tidak dikongsi dengan yang lain.
Tarbiyyah bukan
untuk
yang cepat mengalah,
yang meletakkan mabit,
qiamullail,
daurah,
dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak
dengan semua agenda
dan acara-acara ‘penting’ yang lain.
Tarbiyyah bukan
untuk
yang hanya pandai bercakap
(dan menulis),
tapi amal kosong
yang hanya tahu membandingkan organisasi itu dengan organisasi ini, yang hanya boleh mengkritik dan menilai organisasi ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam sesebuah organisasi..
Dakwah bukan untuk orang yang tidak boleh diberi tugasan
“last minute”
Dakwah bukanlah untuk orang yang tidak mahu keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat,
mesti naik motokar besar
dan mewah,
yang air-cond,
dan laju.
Yang tak nak naik bas,
public transport,
dan yang kena berpeluh-peluh.
Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan diberitahu dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss,
hanya tunggu informasi.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta,
yang hidup mewah,
dan mengelak berkawan dengan orang susah,
miskin,
dan pakai comot.
Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika,
kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat,
mengantuk,
susah,
banyak kerja,
keluarga tak bagi keluar.
Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda,
orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan.
Islam akan tetap berjaya.
Ummah akan tetap terpelihara.
Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.
Tak mengapa.
Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tidak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.
Jalan dakwah itu panjang
serta penuh berliku..
sahabat2, maaf andai kata2 ini agak kasar..
tapi,kita jadikan segala kritikan dlm ni utk kita terus
gagahkan diri dlm menyelusuri jalan perjuangan yang penuh dgn onak duri..
Ingat shbat2,
selangkah kaki ke alam perjuangan ini, selamanya kita akan berada dlm kepahitan..
dan kemanisannya hnya akan terasa bila kemenangan Islam sudah tertegak..
doakan agar kita boleh sampai ke saat itu! Allahuakbar!!
kepada sahabat2 ana yang
pernah menasihati ana
semasa ana menjadi
Fasilitator bagi
kem generasi pewaris
di balik pulau , pulau pinang,.
syukran kepada awatif, amalina, dan kak fatin..
syukran atas nasihat2nya
ana mohon maaf jika ada salah dan silap ...
MOGA UKHUWWAH KITA TERUS
BERPANJANGAN
insyaALLAH...
ASIF 'ALA KULLI HAL..
ada masa kita berjumpa lagi ..
Uhkuwwahfillah ilal jannah
wassalam
1 ulasan:
barakAllah, jazakAllah kerana mengingatkan..tak terbalas ana dengan jasa anda..
Catat Ulasan