"Seindah perhiasan dunia adalah wanita solehah"
Ku mulakan warkah ini dengan bait indah yang di tinggalkan Rasulullah SAW kepada seisi alam.. Wanita solehah idaman setiap insan soleh bernama Adam. Alhamdulilah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pasanganmu dan juga BAITUL MUSLIM yang akan di bina tika saat itu.. insyaallah.. ^_^
Calon Zaujku...,
"Di nikahi seorang wanita itu kerana empat perkara; hartanya,keturunannya,kecantikannya dan agamanya. maka pilihlah hal keagamaannya maka beruntunglah kedua-dua tanganmu.. "
Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini malainkanilmu agama yang ditipkan oleh umi dan abi. Tiada harta untuk ku persembahkan dalam takhlik ijab nanti. Tiada harta sebagai jaminan kau akan menerima sedikit kesenangan apabila ijab bersaksi dilafazkan. Hanya ketenangan yang mampu ku sediakan kerana aku pernah terbaca sepotong kalam suci yang bermaksud ;
"Dan diantara kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepada-Nya dan di jadikan-Nya diantaramu rasa kasih sayang"
Jika keturunan mulia yang kau dambakan, ketahuilah keluargaku bukan dari keturunan ternama. Namunapa yang pasti aku adalah keturunan mulia Ayahanda, Nabi Adam a.s dan Bonda, Hawa a.s..sama sepertimu..
Kecantikan itulah pandangan setiap insan, malah aku yakin kau juga tidak terlepas seperti insan lain. Ketahuilah jika kecantikan itu yang kau inginkan daripadaku.. kau telah tersalah sangka. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk ku pertontonkan kepadamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan pada tuntutan agama yang ku cintai. Kau hanya membuang masa jika menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata.
Calon suamiku yang kuharapkan semoga mendapat keredhaan Ilahi,
Aku tidak menjanjikan aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-sama
menegakkan dakwah islamiah ini...dan aku merelakan diri menjadi penolongmu untuk membangunkan markaz dakwah dan tarbiyah ke arah jihad hamba-Nya kepada pencipta-Nya yang Agung. Melalui pencarian ilmu bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapiberbekal ilmu agama yang dibekalkan ini, aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku,kau dan anak-anak kita..
Calon suamiku yang dirahmati,
Inginku berbicara pemberianmu kepadaku. Ketahuilah aku tidak menginginkan hantaran tersusun dan mas kahwin yang mahal yang menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah maharku hanya sebuah Qalam yang mulia; Al-Quran kerana aku yakini Qalam itu mampu memimpin rumahtangga kita dalam meraih keredhaan-Nya, bukan kekayaan dunia yang sementara. Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan kerana ia adlah laluan untuk aku dan ka menyempurnakan separuh tanggungjawabku terhadap agama Allah ini.
Terlalu panjang ku mencoretkan warkah ini, cukuplah dahulu buat tika ini, andai diizinkan aku akan kembali menitipkan lagi kiriman yang bertintakan hati ini. Akhir bicara, maaf andai tiada pertemuan ku susuli kerana padaku biarlah merindu daripada jemu tatkala kita di satukan...
Wassalam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan