Khamis, 19 Julai 2012

~ RAMADHAN MADRASAH MENDIDIK JIWA ~



Assalamualaikum...
bestnya!! Ramadhan Tiba lagi!! hehe


  Actually, ana dapat tajuk tu dari selepas ana
menonton 




video seorang sahabat ana nama dia QAWIEM ..
best video dia.. 
insyaALLAH dakwah anak muda 
di bumi anbiya'.. 
tajuk V3.. 
"SHOOT THE TARGET"
best jiddan!
luar biasa... 


Ramadhan Madrasah Mendidik jiwa.. 
betul-betul...




RAMADHAN...



Ketibaanmu dinantikan...


Pemergianmu ditangisi...



so, jom SHOOT THE TARGET!!



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ 
 قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman ,diwajibkan ke atas kamu
berpuasa sebagaimana diwajibkan
atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa"

~Al-Baqarah : 183~



"Apabila tiba bulan Ramadhan , 
dibuka pintu-pintu syurga..
dan ditutup
pintu-pintu neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu"

~Riwayat Bukhari & Muslim ~



Jadi kita kena buat..
PERSIAPAN menyambut Ramadhan....





1.~Menanti Ramadhan dengan penuh kegembiraan...


~Kita menanti Ramadhan dengan penuh kegembiraan
serta mengharapkan  agar 
dapat melaksanakan ibadah 
puasa dan  ibadah-ibadah lain
sepanjang Ramadhan kali ini
dengan baik
dan...
diterima oleh ALLAH SWT...
insyaALLAH.




2.~Mengulangkaji semula ilmu yang berkaitan dengan
puasa...


~Meneliti semula rukun, syarat,sunnah, adab-adab
dan hikmah-hikmah ibadah puasa
supaya
ibadah ini dapat dilakukan dengan sempurna..
insyaALLAH..




3.~Menguatkan azam!


~Menguatkan azam dan kesungguhan untuk 
melaksanakan ibadah puasa 
sesempurna mungkin.
Ramadhan adalah bulan untuk kita
memperbanyakkan amalan,
membersihkan diri dari segala
noda dan
dosa serta
menghiasi diri dengan sifat
yang mulia...
insyaALLAH....




4.~Memperbanyakkan doa


~Mempebanyakkan doa kepada Allah SWT
agar dikurniakan 
kekuatan untuk 
melaksanakan ibadah puasa dengan 
hati yang penuh 
ikhlas,
jujur,
dan 
tawadhu'...
insyaALLAH...




5.~Berazam untuk menghapuskan adat 
kebiasaan yang bertentangan 
dengan ISLAM.


~Berazam menghapuskan adat kebiasaan 
yang bertentangan dengan Islam
seperti membazir 
dalam membeli juadah berbuka,
lalai dengan aktiviti yang sia-sia..
dan
sebagainya..
insyaALLAH...





6.~Meningkatkan kesungguhan 
beramal secara berterusan..


~Bertekad supaya dapat menjaga
benih-benih amalan 
yang telah
kita semai dan suburkan 
pada bulan RAMADHAN..
supaya 
tidak cacat dan rosak dan terus diamalkan 
pada bulan berikutnya...
insyaALLAH..





JOM BUAT SENARAI SEMAKAN
AMALAN KITA PADA 
BULAN RAMADHAN!!!



Iftar bersama....keluarga...kawan-kawan
Tilawah Al-Quran

Tadarrus Al-Quran


 Qiamullail ^_____^

Iktikaf dalam masjid

Bersedekah^_____^

Menambah ilmu.......

Eratkan Silaturrahim 

Menghayati perjuangn
     Rasulullah SAW
     & para Sahabat..



ok.. bye... itu saja...
Semoga Ramadhan kali ini
kita tidak rugi lagi ya!
dan semoga LEBIH BERMAKNA
dan
mendapat keberkatan 
dari ALLAH SWT.. 
amiin...
insyaALLAH...
ok...
bye2.... jumpa lagi.. 




wassalam



Rabu, 11 Julai 2012

~~ Berpurdah..Biar Bernilai Solehah^^ ~~





Ramai wanita yang mengimpikan diri dinobat wanita solehah, 


tapi malang






 dalam ia mencari solehah ia tersilap langkah.



Sedang ia berusaha memperbaiki diri sendiri,




 tanpa disedari ia sedang melumurkan najis pada hati sendiri.
Kadang-kala hati bergelora inginkan perubahan,
 namun malangnya kerana kaki yang masih belum mahir berenang, 
akhirnya lemas di lautan dalam.



Sebenarnya kenapakah anda berpurdah?
cuba teliti,
 mungkin ada salah satu jawapan dibawah :








-Mungkin kalian ingin menunjukkan pada orang lain bahawa kalian adalah solehah



-Mungkin kalian ingin menawan hati lelaki yang beriman



-Mungkin ingin dianggap sebagai seorang seorang gadis cantik, kerana kebiasaannya wanita berpurdah di kaitkan dengan seorang yang berwajah cantik



-Mungkin ingin lebih menonjol berbanding kawan-kawan yang tidak berpurdah



-Atau mungkin juga hanya kerana takut dirogol




Andaikata salah satu jawapan diatas adalah selari dengan apa yang tersemai di hati kalian, tahniah! kerana nafsu kalian telah berjaya menumpaskan iman.








Solehah Bukan Di Mata








Lelaki bukan memandang solehah seorang wanita pada purdah yang dipakai,
 atau labuhnya jubah yang digandal.
Namun solehah itu terletak pada hati.

Ramai dikalangan wanita yang memakai purdah,
 tetapi apabila berbicara dengan lelaki, 

MasyaAllah! huh...


jauh sekali dengan penampilan, 
hanya indah khabar dari rupa,
 hidup hanya untuk sedap di pandang mata.
Sahabat, 


bukan begitu caranya mejadi wanita solehah.








Tak kurang juga yang memakai sarung lengan, 
sepatutnya bila kalian memakainya,
 cubalah kalian sembunyikan menggunakan lengan baju dengan semampunya.
Inikan tidak, lengan baju yang elok kalian sinsingkannya


(lipatkan untuk menampakkan sarung lengan).
Untuk apa?untuk menunjuk-nunjuk?.



Kalau begitu


 sama sahaja kalian dengan Mami Jarum yang suka menunjukkan perhiasannya.
Dan kalian akan bersama-sama golongan seperti mereka menghirup azab api neraka.








Bukanlah bermakna saya 
menafikan kebaikan berpurdah atau tidak menyukainya,
 namun peringatan agar dalam melakukan sesuatu keharusan kita tidak menambahkan lagi dosa.
Biarlah sucinya hati itu sesuci pakaian yang ada di tubuhnya, walaupun kita mengerti bahawa begitu sukar untuk mendapatkannya,
 tapi kita mesti teruskan usaha.
Sesungguhnya Allah senantiasa bersama sangkaan hambanya.








Ikhlas Menutup Pintu Fitnah,








Pemakaian purdah sebenarnya bertujuan untuk menutup pintu fitnah,
 bukan menambahkan lagi kuantiti wanita yang bergelar solehah hanya di wajah.
Sekalipun kalian berpurdah, 
belum tentu kalian memakainya semata-mata kerana Allah,
renungkanlah apakah sikap dan sifat di bawah adalah kelakuan kalian :








Suka mengupload gambar berpurdah/berpenampilan solehah di Facebook




Menampakah wajah tanpa purdah
 kepada lelaki muhrim yang dicintai melalui
 Yahoo Mesengger 
atau
 sebagainya

Memakai purdah hanya di tempat-tempat tertentu

Memberikan gambar yang berpenampilan solehah kepada lelaki muhrim



Andaikata salah satu atau lebih daripada ciri-ciri yang saya berikan adalah wujud dalam diri kalian, 
maka muhasabahlah dan bertaubatlah kepada Allah memohon keampunan.
Sesungguhnya mereka yang berpurdah itu hakikatnya mereka ingin menutup pintu fitnah pada diri mereka, 
tidak ingin dilihat oleh lelaki sekalipun wajah itu adalah ruangan halal untuk di zahirkan.
Apatah lagi untuk dikongsi-kongsikan.
 kenapakah kalian tidak pernah terfikir di benak fikiran?








Maksiat Di Sebalik Tudung








Fenomena yang tidak asing lagi mewarnai wanita bertudung, ada sebahagian wanita
 yang mengambil kesempatan bertudung
 untuk melindungi dirinya daripada disangka buruk bila bersama-sama dengan lelaki, 
sehingga tudung itulah yang dijadikan penutup wajah lelaki yang bersembunyi di sebalik tudungnya,
 membenarkan teman lelaki memuaskan nafsu serakahnya, bahkan ada yang jadikan tudung sebagai pakaian untuk mengaburkan mata manusia daripada mengetahui bahawa ia sedang hamilkan anak luar nikah.

Kalau pakai tudung, 
orang takkan nampak ada dua tangan jantan yang sedang memegang "tombol" api neraka di badannya.
Wanita inilah yang menodai kesucian mereka yang benar-benar memakainya kerana mematuhi syariat Allah.
Demikianlah wanita yang bergelar calon ahli neraka yang akan menerima azab siksaan hari akhirat nanti.
Ambillah nasihat yang baik daripada bicaraku ini.








"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang menyucikan diri" 
(Al-Baqarah [2]: ayat 222)


NAUZUBILLAH ...
moga kita dijauhkan dari perkara-perkara
yang tidak baik..
insyaALLAH....
bye
wassalam



Selasa, 10 Julai 2012

~ Berbulan madu bersama Bidadari.^^ ~

Assalamualaikum warahmatullah.


mari membaca..!^^




Pada zaman Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam hiduplah 


seorang pemuda yang bernama Zahid yang berumur 35 


tahun namun belum juga menikah.

Dia tinggal di Suffah masjid Madinah.

 Ketika sedang memperkilat pedangnya tiba-tiba Rasulullah 


Sallallahu 'Alaihi Wasallam datang dan mengucapkan salam. 


Zahid kaku dan menjawabnya agak gugup.

"Wahai saudaraku Zahid….selama ini engkau sendiri saja," 


Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam menyapa.

"Allah bersamaku ya Rasulullah,"


kata Zahid.

"Maksudku kenapa engkau selama ini engkau membujang 


saja, apakah engkau tidak ingin menikah…," 


kata Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

Zahid menjawab, 


"Ya Rasulullah, aku ini seorang yang tidak mempunyai 


pekerjaan tetap dan wajahku hodoh, siapa yang mahu akan 


diriku ya Rasulullah?"

" Asal engkau mahu, itu urusan yang mudah!"


kata Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

Kemudian Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam

memerintahkan sekretarisnya untuk membuat surat yang 


isinya adalah


 melamar kepada wanita yang bernama Zulfah binti Said, 


anak seorang bangsawan Madinah yang terkenal kaya raya


 dan terkenal sangat cantik jelita.


Akhirnya, surat itu dibawa ke rumah Zahid dan


 ia diserah sendiri oleh Zahid ke rumah Said.

Disebabkan di rumah Said sedang ada tetamu,

maka Zahid setelah memberikan salam kemudian 


memberikan surat tersebut 


dan diterima di depan rumah Said.

"Wahai saudaraku Said, aku membawa surat dari Rasulullah 


yang mulia diberikan untukmu saudaraku."



Said menjawab, 


"Adalah suatu kehormatan buatku."




Lalu surat itu dibuka dan dibacanya.

Ketika membaca surat tersebut,


 Said agak terperanjat karana tradisi Arab perkahwinan yang 


selama ini biasanya


seorang bangsawan harus kahwin dengan keturunan 


bangsawan 


dan yang kaya harus kawin dengan orang kaya,


 itulah yang dinamakan


 SEKUFU.



Akhirnya Said bertanya kepada Zahid,


 "Wahai saudaraku, betulkah surat ini dari Rasulullah?"



Zahid menjawab,


 "Apakah engkau pernah melihat aku berbohong…."

Dalam suasana yang seperti itu Zulfah datang dan berkata,

"Wahai ayah, kenapa sedikit tegang terhadap tamu ini….

bukankah lebih baik dijemput masuk?"

"Wahai anakku, ini adalah seorang pemuda yang sedang 


melamar engkau supaya engkau menjadi istrinya," 


kata ayahnya.

Disaat itulah Zulfah melihat Zahid sambil menangis sejadi-


jadinya dan berkata, 


"Wahai ayah, banyak pemuda yang tampan dan kaya raya 


semuanya


menginginkan aku, aku tak mau ayah…..!" 


dan Zulfah merasa dirinya terhina.

Maka Said berkata kepada Zahid,


 "Wahai saudaraku, engkau tahu sendiri anakku tidak 


mahu…bukan aku menghalanginya dan sampaikan kepada 


Rasulullah bahawa lamaranmu ditolak."

Mendengar nama Rasulullah disebut ayahnya,


 Zulfah berhenti menangis dan bertanya kepada ayahnya, 


"Wahai ayah, mengapa membawa-bawa nama rasul?"

Akhirnya Said berkata,


 "Lamaran ke atasmu ini adalah perintah Rasulullah."

Maka Zulfah istighfar beberapa kali


 dan menyesal atas kelancangan perbuatannya itu


 dan berkata kepada ayahnya,


 "Wahai ayah, kenapa sejak tadi


ayah berkata bahwa yang melamar ini dari Rasulullah,


kalau begitu segera aku harus dinikahkan dengan pemuda 


ini. 




Kerana ingat firman Allah dalam


Al-Qur'an surah An Nur 24 : Ayat 51.


"Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin,

bila mereka dipanggil kepada Allah dan Rasul-Nya agar rasul 


menghukum (mengadili) diantara mereka ialah ucapan. Kami 


mendengar, dan kami patuh/taat".

Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.


 (QS. An Nur 24:Ayat 51)"

Zahid pada hari itu merasa jiwanya melayang ke angkasa


 dan baru kali ini merasakan bahagia yang tiada taranya


 dan segera melangkah pulang.


 Sampai di masjid ia bersujud syukur. 


Rasulullah yang mulia tersenyum melihat gerak-gerik Zahid 


yang berbeza dari biasanya.

"Bagaimana Zahid?"


"Alhamdulillah ia diterima ya Rasulullah," 


jawab Zahid.

"Sudah ada persiapan?"


Zahid menundukkan kepala sambil berkata, 


"Ya Rasulullah, kami tidak memiliki apa-apa."


Akhirnya Rasulullah menyuruhnya pergi ke Abu Bakar, 


Uthman,


 dan


 Abdurrahman bin Auf. 


Setelah mendapatkan wang yang cukup banyak, 


Zahid pergi ke pasar untuk membeli persiapan perkawinan. 


Dalam keadaan itu jugalah Rasulullah Sallallahu 'Alaihi 


Wasallam menyeru umat Islam untuk menghadapi kaum 


kafir yang akan menghancurkan Islam.


Ketika Zahid sampai di masjid,


 dia melihat kaum Muslimin sudah siap-siap dengan 


kelengkapan senjata,


 Zahid bertanya, 


"Ada apa ini?"

Sahabat menjawab, 


"Wahai Zahid, hari ini orang kafir akan menghancurkan kita, 


maka apakah engkau tidak mengetahui?" .

Zahid istighfar beberapa kali sambil berkata,


"jika begitu kelengkapan nikah ini akan aku jual dan akan ku 


beli kuda yang terbaik."


Para sahabat menasihatinya,


 "Wahai Zahid, nanti malam kamu berbulan madu, tetapi 


engkau hendak berperang?"

Zahid menjawab dengan tegas,

"Itu tidak mungkin!"


Lalu Zahid menbaca satu ayat sebagai berikut,


 "Jika bapa-bapa,

anak-anak, 


saudara-saudara,


 isteri-isteri kaum keluargamu, 


harta kekayaan yang kamu


usahakan,


 perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya

dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,

adalah lebih baik kamu daripada cintakan Allah dan Rasul-


Nya (dengan) berjihad di jalan-Nya.

Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.


 Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang 


fasik." 


(QS At Taubah: Ayat 24).

Akhirnya Zahid (Aswad) maju ke medan pertempuran

dan mati syahid di jalan Allah.


________________________________________________

Rasulullah berkata,

"Hari ini Zahid sedang berbulan madu dengan bidadari yang 


lebih cantik daripada Zulfah."

Lalu Rasulullah membacakan Al-Qur'an;

"Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur 


dijalan Allah itu mati, 


bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya 


dengan mendapat rezeki. 


Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurnia Allah 


yang diberikan-Nya kepada mereka, 


dan mereka berenbira hati terhadap orang-orang yang 


masih tinggal dibelakang yang belum menyusul mereka dan 


tidak (pula) mereka bersedih hati. "


Surah Ali Imran Ayat 169-170.

"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang 


yang gugur di jalan Allah, (bahwa mereka itu) mati, bahkan 


(sebenarnya) mereka itu hidup, tetapi


kamu tidak menyadarinya. "


 (Al Baqarah :Ayat 154).

Pada saat itulah para sahabat menitiskan air mata dan 


Zulfah pun berkata,


 "Ya Allah, alangkah bahagianya calon suamiku itu, jika aku 


tidak dapat mendampinginya di dunia, maka izinkanlah aku 


mendampinginya di akhirat."






HIKMAH


Mudah-mudahan bermanfaat


 dan menjadi renungan buat kita bahwa,


 "Untuk Allah di atas segalanya, and die as syuhada."


 Jazakumullah khairan kasira..


Best kan? hurm.. ana nak macam tu jugak la..


biar jodoh di akhirat... 


mesti best... 


JOM BERBULAN MADU BERSAMA BIDADARI !! 


^__^








daa habis daa...


ok , bye,


wassalam.. jumpa lagi..


^__^

















jom tutup aurat !!

jom tutup aurat !!