nuffnang

Palestin Kini...! Ayuh Berjihad!

Isnin, 10 September 2012

~~~ Warkah Kata Buat Permulaan Kita ~~



Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum...

Untuk bakal suamiku,



Wahai bakal suamiku, 

sesungguhnya dirimu amat 

ku nanti dalam perjalanan 

hidup ini. 




Di siang mahupun malam hari. 

Ku tulis warkah ini dari hati 

moga ia menjadi lakaran permulaan 

yang indah buat kita. 




Pertamanya aku ingin

 mengucapkan 

setinggi terima kasih

 kerana sudi mengambilku sebagai 

bakal isterimu. 





Terasa tidak lengkap kiranya

 aku hanya

 hidup bersendirian

 di alam ini tanpamu. 




Kebahagiaan 

kita sekeluarga 

berada di tangan mu.


 

Dikaulah

 yang menjadi

peneraju dan 

nakhoda rumah tangga ini. 



Aku tahu tugas dan

 amanah ini sangat berat.

 Ia menagih keikhlasan,

 keimanan dan

 kejujuran yang tinggi 

daripada mu.


Semasa engkau melamarku

 wahai bakal suami, 

masa itu syukurnya 

hanya Allah 

yang tahu. 



Air mata ini mengalir tidak terasa,

 mengalirkan kegembiraan penuh makna.

Udara itu

 senang untuk digapai. 

Rasa 

yang tidak pernah ku alami.

Hargailah aku selalu.


Wahai bakal suamiku,




 rindu itu buah cinta. 



Jika ia tiada maka cinta

 tidak akan berbuah dan layu.

 Oleh itu,,,

 hidup denganmu

 aku berharap rindu itu

 sentiasa bersemi.


 Biarpun terkadang diisi

 dengan air mata



 dan kesakitan. 

Namun, 

perasaan itulah yang

 sentiasa ada buat kita. 




Bakal Suamiku,

 bahtera yang kita bina ini

 ku harap sentiasa utuh dalam perjalanan kita 

bersama. 

Kau suamiku

 adalah

pelindung

dan pengemudi

 bahtera ini.




Aku berharap pengorbanan

 yang bakal kita lalui

adalah merupakan

 pahit ubat 

yang menjadi penyembuh. 




Tidak aku pengharapkan

 pengorbananmu

 semahal 

nabi Allah Muhammad s.a.w

 terhadap

Khadijah, 

mahupun seutuh kasih

nabi Allah Ibrahim terhadap 

anaknya Ismail. 




Bakal Suamiku,



 pengorbanan itu sesuatu

 yang perlu di waktu susah dan senang. 

Kerana ianya 

adalah mahar segala janji 

dan mahar yang 

paling berharga daripadamu.


Bakal Suamiku,




 aku berharap cinta kita terikat

 bersama dengan

 cinta kita terhadap

 Allah.

 Jika berkurang maka ditambah, 

jika bertambah maka 

syukur.




 Di dalam hidup,

 aku berharap kepadamu

 tidak mengangapku terlalu sempurna kerana aku 

hanya insan biasa. 




Bimbinglah tanganku 

dalam melayari 

lautan ganas bersamamu. 

Sesungguhnya engkau

 adalah 

cerminan bagiku.



 Jika berjaya engkau berjaya

maka berjayalah aku,



jika gagal maka

 gagallah aku.





 Ya Allah, 



terima kasih 

kerana dia ada dihati dan jiwaku.

Moga kita sentiasa berMUJAHADAH..

mencari ilmu keranaNYA,,





aku selalu ingat kata-katamu 

kepadaku,,

jangan terlalu harapkan cinta 

MANUSIA,,

cintailah ALLAH dan 

Rasulullah SAW...

Engkau juga berpesan padaku

jangan mengharapkan pada JODOH,,

Tetapi mengharaplah kasih dariNYA,,

jika jodoh tak akan kemana..

yang penting berdoa 

kepadaNYA selalu..





Engkau selalu ingatkanku

jagalah AL-QURAN 

dan hafazannya..

syukran.. 




Allah telah menghantarkan seseorang

yang mengajarku erti REDHA

saat aku terlalu LEKA dengan DUNIA..

syukran ya ALLAH..

Syukran kepada INSAN tersebut..

semoga ALLAH sentiasa memberi RahmatNYA


Belajar rajin-rajin ya di Bumi Anbiya' 

doaku selalu mengiringimu..


^___^




insyaALLAH.. 

kita pasti berjumpa ..

Biiznillah

dengan IZIN dariNYA 

^___^



Sekian daripadaku,

^____*



Bakal Isterimu...

Sollu Alan nabiyy !! ^__^

bye2 !!

wassalam




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

jom tutup aurat !!

jom tutup aurat !!