nuffnang

Palestin Kini...! Ayuh Berjihad!

Ahad, 1 Julai 2012

~ Benarkah muslimah masih lagi terjebak dalam penzinaan..??? ~




Sabda Rasulullah SAW :


" Setiap mata berzina, 
seorang wanita bila memakai bau-bauan,
kemudian dia lalu
 di hadapan orang pada suatu majlis, 

 maka wanita itu (sama dengan ) berzina"

(HR Ahmad dalam musnadnya,dan oleh Tirmizi dari Abu Musa Al-Asy'ari)

jelas bukan dengan hadith di atas??




  kali ini suka 
 ana berkongsi pembacaan
 ana daripada buku Fiqih wanita.
 Di dalam buku ini,...

 banyak membincangkan tentang beberapa larangan di dalam Islam ke atas wanita.

 Apa yang ingin ana


kongsi dalam posting kali ini ialah larangan dalam Islam ke atas wanita memakai bau-bauan. 

dalam Islam
 sangat melarang
 wanita memakai bau-bauan keluar rumah,
 kerana dikhuatiri baunya tercium oleh lelaki,




 seperti mana hadith di atas.



Diriwayatkan oleh:










Abu Daud,
Nasai 
dan
 Ibnu Majah,

 bahawa abu Hurairah menceritakan,

 dia bertemu dengan seorang wanita,
 maka tercium olehnya dari wanita tersebut bau harum-haruman, 
sedangkan angin berputar di sekitarnya. 
Kata Abu Hurairah, 



"Hai hamba Allah! Apakah engkau dari masjid?".

 jawab wanita itu, 
"ya, betul". 

Tanya Abu Hurairah, 
"Apakah engkau memakai bau-bauan ke masjid?".

 jawab wanita,
"ya, aku memakainya".





Aku mendengar kekasihku
 Rasulullah SAW bersabda : 

"Allah tidak menerima solat wanita yang memakai bau-bauan ke masjid ini,
 sehingga dia pulang
 lalu dia mandi seperti junub"

 (Hadis ini diriwayat dari berbagai jalur, antara lain seperti yang diriwayat oleh Baihaqi).




Wanita-wanita
 dilarang memakai bau-bauan bila datang ke masjid kerana harum-haruman
                 dapat membangkit nafsu syahwat.



 Ibnu daqiqil 'Aid mengatakan sebagai dinukil
 oleh
 Imam Nawawi dalam Faidhul Qadir, 

"wanita yang hendak pergi ke masjid diharamkan memakai bau-bauan kerana bau-bauan dapat merangsang nafsu syahwat".


Tidak ada yang meragukan





bahawa larangan memakai harum-haruman
 terutama ditujukan untuk
 orang-orang yang pergi ke Masjid.

Tetapi..




sesungguhnya larangan itu mutlak bagi setiap wanita bila keluar rumah, 
baik dia pergi ke amsjid atau ke tempat lain,
 berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Nasai,
 Abu Daud,Tirmizi,Al-Hakim,Ahmad,Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dari sumber Abu Musa Al-Asy'ari yang berbunyi :


"Siapa di antara wanita
 yang memakai harum-haruman,
 kemudian dia lalu di hadapan orang-orang supaya tercium bau harumnya, maka wanita itu (sama dengan) berzina".

(Kata Tarmizi,hadis itu sahih)






Diriwayat pula oleh Tirmidzi bahawa Rasulullah saw bersabda :

"wanita yang mempamerkan diri
 dengan memakai perhiasan di hadapan orang yang bukan keluarganya,
 tidak ubahnya dia bagaikan berada dalam kegelapan hari kiamat, 
tanpa cahaya sedikit juapun".





Kata Ibnu Hajar dalam 'Azzawajir',

  "Bila wanita keluar rumah memakai bau-bauan dan berhias,
 maka itu termasuk dosa besar,
 sekalipun diizinkan suaminya".




Wahai wanita muslimah!




 Taqwalah kepada Allah 
dengan mematuhi
 segala peraturan agama. 
Janganlah keluar rumah memakai bau-bauan
  dan perhiasan..


inilah sekadar perkongsian
 pembacaan ana kali ini..



 semoga sama-sama kita
 sebagai muslimah menjauhi

 perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT.. wallahu'alam..

bye2..





2 ulasan:

jom tutup aurat !!

jom tutup aurat !!