nuffnang

Palestin Kini...! Ayuh Berjihad!

Sabtu, 4 Februari 2012

...::KETENTUAN ALLAH::...

Assalamualaikum...
 Baru-baru ni ana di kejutkan dengan satu kemalangan yang berlaku di tempat tinggal ana di Taman Guar Perahu..

Ya Allah,,
 seorang peajar perempuan yang berumur 16 tahun telah dillanggar oleh sebuah lori yang membawa muatan berat...
 Ana agak terkejut apabila mendengar berita kematiannya..
 Semoga rohnya di cucuri rahmat dari Allah...
 mungkin ajalnya dah tiba..
 kita yang masih hidup perlu mengingati bahawa kematian itu bakal mengundang kita suatu hari nanti..
 insyaAllah..
 sama-sama kita berdoa..
 Al-Fatihah kepada arwah,,,,
 Fazleen Amirah Nordin..








"Bagaimana kamu mengingkari (Allah) sedang kamu tadinya mati kemudian di hidupkan (olehNya), kemudian kamu dimatikan dan dihidupkanNya kembali, kemudian kamu dikembalikan kepadaNya".

ana pun tak tahu..
 masa ana dapat berita tentang kejadian ni,
 ana masih di kolej,
 agak terkejut kerana kejadian berlaku di tempat tinggal ana, memang banyak lori-lori yang muatan lebih selalu melalui jalan di hadapan Taman Guar Perahu tu.

 "kami telah menentukan kematian di antara kamu dan kami sekali-kali tidak dapat dikalahkan". (Al-Waaqi'ah ayat 60).

Ana teringat dengan ayat al-Quran bahawa Allah ada berfirman dalam surah al-Ankabuut ayat 57 yang bermaksud :

 "Tiap-tiap yang bernyawa pasti merasakan mati, kemudian hanyalah kepada Kami dikembalikan".

Aku hanya merancang,
Allah jua yang menentukan,
Ku pasrah pada ujian,
Biarpun datang menghujan,
Hikmah seiringan,
Untuk ku fikirkan,
Biar segetir mana ujian melanda,
Baik berjaya atau kecewa,
Baik suka atau terluka,
Ku terima dengan hati terbuka,
kerana memang,
BEGITU KEHENDAKNYA...,
Ku yakini, itulah yang terbaik dariNya,
Buatku seorang hamba,
Hanya Dia,
Mengetahui segalanya....

Maafkan ana jika ada salah dan silap. asif jiddan dari diri ana yang hina ni... k,
Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

jom tutup aurat !!

jom tutup aurat !!