Isnin, 6 Februari 2012

~ APAKAH BUKTI CINTA KITA PADA RASULULLAH SAW????? ~




Tambah kapsyen

Salam Maulidur Rasul kepada semua... Baru-baru ni Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Taman Guar Perahu mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul,,, Antara aktivitinya adalah pertandingan nasyid kanak-kanak, pertandingan sepak takraw, pertandingan tilawah al-Quran, pertandingan hafazan dan banyak lagi...

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1433H

8.00 pg : Pendaftaran penyertaan (Kanak-kanak,dewasa wanita & lelaki
8.30 pg : Perakakan sekitar Taman Guar Perahu 
9.30 pg : Semua acara bermula..
1.00 tengahhari :  Jamuan makan..
1.30 tengahhari : solat zohor
2.30 ptg : Penyampaian hadiah dan bersurai......

Alhamdulilah.. ramai yang memeriahkan suasana majlis sambutan Maulidur Rasul SAW 1433H di masjid Taman Guar Perahu, tempat tinggal ana.. Ayah ana mengambil bahagian dalam sepak takraw,, alhamdulilah, kumpulan ayah ana mendapat tempat ketiga,,,..

Selain tu, pertandingan nasyid kanak-kanak 7 tahun hingga 12 tahun,,, kumpulan adik ana yang menjadi juara pada hari itu adalah kumpulan Al-Mujahadah,,, alhamdulilah.. mereka mendapat hadiah berupa wang tunai..
Ana tak sangka kupulan adik ana boleh jadi juara..hehe padahal berlatih sehari je,, semua ahli kumpulan nasyid itu dari Sekolah Kebangsaan Guar Perahu. Alhamdulilah,syukur.. walaupun mempunyai masalah PA sistem pada waktu tu, kumpulan ni boleh bergelar juara jugak..

Ana pada waktu ni sedang 'bershopping' buku. hehe, maklumlah, nak habiskan baucer Satu Malaysia tu, alhamdulilah, habis jugak..

Bercakap tentang maulidur rasul semua orang tahu Hari Kelahiran nabi kita, Nabi Muhammad SAW.. ana teringat satu hadis yang bermaksud, "sesungguhnya orang yang paling dekat denganKu pada hari kiamat nanti ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaKu". ~Al-Nasai & Ibnu Hibban~ 

Tanggal 12 Rabiulawal merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di dunia. Kedatangan nabi Muhammad SAW merupakan rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini. Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal pencipta mereka,. Pada masa itu, penyembahan terhadap berhala-berhala merupakan satu penghormatan, perzinaan satu kebanggaan, mabuk dan judi berleluasa, merompak dan membunuh adalah suatu keberanian. Sehubungan ini, Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakkan ini dan membawanya kepada Cahaya Ilahi. 

Apakah bukti kita CINTAKAN RASULULLAH SAW????

3 tanda dan cara kita cintakan Nabi Muhammad SAW :

1. Amalkan selawat : 

2 : Menghayati serta mengkaji sirah Nabi Muhammad SAW. 
Sejarah kelahiran nabi hingga hari kewafatan baginda SAW


3 : Amalkan suruhan dan tinggalkan larangannya..

Suruhan dan tegahan mempunyai 2 perkara,, :

1. Apa yang di suruh dan di larang oleh Allah dalam soal ibadah.
2. Perkara yang disuruh dan dilarang dalam kehidupan seharian dan perhubungan sesama manusia.

"SESIAPA YANG MENGHIDUPKAN SUNNAHKU MAKA SESUNGGUHNYA DIA TELAH MENCINTAIKU. DAN SESIAPA YANG MENCINTAI AKU NESCAYA DIA BERSAMA-SAMAKU  DI DALAM SYURGA "... ~AL-SAJARY DARI ANAS~

" Tidak kami (ALLAH) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat sekalian alam..." ~surah al-anbiya' ayat 107~

BILA HATI...

Bila hati...
kosong dari pengaruh selain ALLAHU Rabbi...,
bersinar penuhdengan cahaya ilahi..
juga cahaya Al-Ihsan yang terang menyinari,
maka tersuluhlah sang hati,
untuk menyerap ilmu Ilahi,
dan sebahagiannya mampu menyingkap,
dari rahsia alam makhluk ini..

bila hati...
telah kosong dari pengaruh dunia,
dan tiada cinta selain Dia,
akan penuhlah hati dengan ilmu makrifatNya,
hingga hilang dari segala macam keraguan padaNya,
sampai tingkat yakin menyelebungi kehidupan,
atas sekalian yang diciptakan,
dan apa saja yang telah ditentukan,
sedang dalam hati beserta,
"anwar al-malakut" dan,
"asrar al-Jabarut"..


Bila hati...
tempat berkumpul Anwar Al Malakut dan asrar Al Jabarut,
maka terbukalah segala-galanya,
sedang Dia kan semakin mendekat,
kerana segalanya berserta ALLAH Yang Maha Hebat,
dengan ALLAH,
dari ALLAH,
kepada ALLAH, 
atas ALLAH,
dalam ALLAH,
tiada daya dan kekuatan,
melainkan ALLAH....


ALLAH CINTA ORANG YANG MEMUJI KEKASIHNYA

Sungguh Allah SWT mencintai orang-orang yang suka memuji Nabi Muhammad SAW kerana pujian kepada Nabi Muhammad SAW disebabkan oleh cinta dan banyak memuji kepada Nabi Muhammad SAW bererti pula banyak mencintai baginda SAW. Dan semakin banyak orang yang berzikir, berselawat dan memuji Nabi Muhammad SAW, maka Allah akan semakin menjauhkan kita, wilayah kita dan wilayah-wilayah sekitar daripada musibah dan digantikan dengan curahan rahmat dan anugerah daripada Allah SWT. ~Habib Munzir Bin Fuad al-Musawa~ 

RASUL ITU RAHMAT

Tiada satu pun makhluk yang dicipta Allah disegala penjuru barat dan timur daripada golongan malaikat, jin atau manusia akan selamat jika bukan makhluk yang dicipta Allah yang mendapatkan bahagian daripada rahmat Allah, dan rahmat itu dari Saiyidina Muhammad SAW. Sebagaimana firman Allah SWT : "Dan Kami tidak mengutus engkau (Muhammad) melainkan sebagai rahmat bagi seluruh alam.." (Al-Anbiya' 21:107) ~Habib Munzir Bin Fuad al-Musawa~

DIDIK ANAK CINTAI RASUL

Didiklah anak-anak kalian untuk mencintai agama, mencintai Rasulullah SAW, dan kaum solihin. Didiklah mereka agar memperhatikan perkara Allah SWT, RasulNya dan hari kiamat, serta bersungguh-sungguh dalam menyebut Allah SWT dan menjalankan ibadah solat. ~Habib Umar Bin Hafidz~

RASUL YANG MENCINTAI KITA

Pada saat itu (hari kiamat) kekasih akan berpisah dengan kekasihnya, namun Nabi SAW akan menemui umatnya dan para pendosa (daripada kalangan umatnya) untuk diberi syafaat. Para solihin diberi hak syafaat, para ahli syurga akan ditambahkan darjatnya di syurga, para ahli neraka disyafaati agar selamat dari api neraka. Inilah kekasih kita yang mencintai kita, yang membela kita, yang belum pernah kita bertemu dan melihat wajahnya (SAW), namun cinta baginda sudah sampai kepada kita dan seluruh umatnya sampai akhir zaman. ~Habib Munzir Bin Fuad al-Musawa~

ORANG SOLEH DAN NABI MUHAMMAD SAW

Sesungguhnya orang yang tidak melihat kaum solihin (orang-orang yang soleh) tidak dapat melihat Nabi Muhammad SAW. Orang yang tidak memandang mereka, tidak akan dapat memandang Nabi Muhammad SAW. Dan orang yang tidak menjalin hubungan dengan mereka tidak akan dapat berhubungan dengan Nabi Muhammad SAW. Ketahuilah kaum solihin adalah bahagian daripada Nabi Muhammad SAW. Mereka adalah pewaris Nabi Muhammad SAW. Mereka adalah khalifah Nabi Muhammad SAW.
~Habib Umar Bin Hafidz~

PEKA DENGAN HAJAT RASULULLAH SAW

Rasulullah SAW bersabda , : "Barangsiapa yang (peduli) terhadap keperluan saudaranya maka Allah (peduli) pada hajatnya. " (Sahih Al-Bukhari) 
Saudaraku, jika hajat lain kita pedulikan maka Allah akan pedulikan hajat  kita dan terlebih lagi jika kita pedulikan pada hajat Saiyidina Muhammad SAW. Apa hajat beliau? Hajat baginda  adalah tersebar luasnya dakwah baginda dan banyak cara untuk menyebarkannya ; mungkin dengan ucapan,perbuatan, internet,SMS,e-mel,surat,harta,jabatan bahkan dengan doa dan munajat. Berkhidmatlah untuk hajat Saiyidina Muhammad SAW, maka siang dan malam Allah SWT akan menyelesaikan segala hajat kita. Rabbi, jadikanlah kami selalu berkhidmat kepada Nabi yang paling Engkau cintai, Saiyidina Muhammad SAW. 
~Habib Munzir Bin Fuad al-Musawa ~

ZAT MUHAMMAD SAW

Cintailah Rasululah SAW. Dahulukanlah baginda daripada segala-galanya. Jadikanlah beliau sebagai uswah dan jangan pula engkau lupa untuk selalu menghayalkan zat Rasul Saw. Al-Imam Ali Bin Muhammad Bin Husain al-Habsyi berkata, "Sesungguhnya zat Muhammadiyyah adalah cermin daripada zat ahadiyyah(Allah SWT).Iaitu ketika tak mempunyai kekuatan manusia untuk memandang zat Allah SWT,maka Allah menjadikan zat Muhammad SAW sebagai cerminNya". Bagindalah sumber bagi segala kemuliaan. Barangsiapa yang merindukan akhlak,bagindalah sumbernya. Siapa yang merindui ketampanan, bagindalah sumber daripada segala ketampanan. Semoga Allah memuliakan mata kita untuk  memandang zat Muhammad di dunia ini, baik dalam keadaan jaga atau dalam mimpi sekalipun .. Amin. 
~Habib Zain Bin Ibrahim Bin Sumaith~

NIAT MENCINTAI RASULULLAH SAW

Dikatakan  bahaw barangsiapa  mendatangi  suatu tempat dimana dibacakan maulid (sejarah Rasulullah SAW), maka dia sebenarnya sedang mendatangi redha Allah SWT. Kenapa? Kerana kita datng dengan berniatkan mencintai Rasulullah SAW yang mana niat ini akan membawa kita melakukan hal-hal yang dicintai oleh Rasulullulah SAW. Bukankah orang yang mencintai sesuatu akan melakukan hal-hal yang disukai oleh yang kita cintai? Barangsiapa dengan tulus mencintai Rasulullah SAW maka Rasulullah SAW akan mencintainya. Salah satu bukti kecintaan kita kepada Rasulullah SAW adalah dengan berselawat kepada Rasulullah SAW.
~Habib Hasan Bin Abdurrahman Bin Zain AlJufri~

BUKTI KASIH ALLAH PADA UMAT NABI SAW

Sebelum datangnya Nabi Muhammad SAW, apabila kaum para nabi lain berbuat dosa maka Allah akan menulis di keningnya yang hamba ini berdosa dan mereka akan menerima balasan azab Allah SWT. Atas kasih sayang Allah SWT terhadap umat Nabi Muhammad SAW, walaupun begitu banyak dosa dan kesalahan yang mereka pernah buat, Allah SWT masih membuka pintu ampunan selagi roh masih berada di jasadnya dan sebelum sampai di tenggoroknya,selagi dia tidak menyekutukan Allah SWT. 
~Habib Hasan Bin Ja'far Assegaf~ 

Ini adalah coretan ana pada kali ini. InsyaAllah,, semoga Allah merahmati kita semua.. Semoga Rasulullah SAW memberi syafaat kepada kita semua. Amin.الهم صلى على محمد ؤ على ال محمد




Tiada ulasan:

jom tutup aurat !!

jom tutup aurat !!