nuffnang

Palestin Kini...! Ayuh Berjihad!

Rabu, 16 November 2011

...: :Rancangan ustazah Pilihan: :...




Oleh kerana
 ada seseorang yang meminta untuk ana mengulas tentang rancangan televison astro oasis yang terbaru,
 iaitu Ustazah Pilihan,
 maka sedikit sebanyak akan cuba ana mengulas tentangnya.
komen sket pasai program realiti ustazah pilihan dan wanita solehah..
 Baik!
Ustazah Pilihan’ merupakan sebuah program realiti TV yang terbaru akan muncul di Astro Oasis.



 Tujuan program ini
 adalah tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memaparkan para muslimah
 yang akan dibentuk sebagai seorang muslimah yang sejati.




 Pendek kata, mana-mana ‘ustazah’ yang memenangi program realiti TV ini bakal dilihat seperti ‘bidadari dunia’,
 sempurna untuk hati seorang lelaki.
Bagi ana,
 program ini sama sekali tidak sesuai.
 Bukan kerana
 identiti syiar Islam tidak suka dipertonton,
 tapi...
  menyalahi konsep seorang muslimah yang penuh dengan sifat Al-Haya (Pemalu) dan yang paling utama,



 kaum hawa ini merupakan fitnah terbesar di dunia ini! Apatah lagi dalam keadaan masyarakat kita yang berada dalam kejahilan sekarang ini.

Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”
(Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)


Kulasan ana :
1) Ana yakin dan percaya bukan semua muslimah setuju dengan program sebegini.
 Bahkan bagi ana mungkin juga program ini akan terjatuh dalam hukum yang HARAM.
 Apa yang HARAM? Aurat dah tutup,
 muslimah lagi 2..



 Oleh sebab kejahilanlah maka,
 masyarakat sekarang cukup dengan mempunyai pesepsi menutup aurat sudah memadai! 
Yang HARAM adalah fitnah yang akan berlaku pada program ini,
 dan
 pada wanita-wanita ‘muslimah’ yang berada dalam program ini. (memandangkan tv bukan hanya ditonton oleh kaum hawa)
Namunpun begitu,
 ana bukanlah seorang ulamak mujtahid yang boleh menjatuhkan hukum,
 cuma ana mengkiaskan daripada hadith2, dan apa yang ulamak sebut.
 Ana akan rujuk pada guru ana untuk lebih lanjut.
2) Perhiasan yang dipertontonkan orang mengundang bahaya. (wajah, bentuk badan, dan kadang2 kerana ciri ‘solehah’ yang ditonjolkan! )
Nabi SAW bersabda :
 “Seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah”. Allah pula berfirman di dalam surah Ali Imran,
 ayat 14 :
 “Dihiaskan bagi manusia itu dengan kesukaannya pada shahwat berupa wanita….”.

Dalam konteks ini,
walaupun rancangan ini merupakan rancangan ‘Ustazah Pilihan’ 
pastinya segala aurat sudah ditutup
 bahkan mungkin lebih baik daripada itu. 




Namun sebenarnya rancangan ini sekaligus menjadi ‘santapan’ lelaki yang bermasalah hati.
  Muslimah bukan perempuan murahan. 
Tidak diperagakan menawan dihadapan lelaki ajnabi, bahkan mengenalinya sahaja cukuplah dengan nama. Rancangan ini bakal merosakkan hati-hati kaum laki-laki hatta para Ustaz,
 sekaligus mengundang fitnah yang terbesar.
Mat rempit memang tak tengok cerita macam nie.. tapi ustaz-ustaz?? yang muda mudi..
 yang asalnya berusaha untuk mengikut jalan Islam, menjadi pemuda pemudi yang soleh..
 tapi
 disebabkan tipu daya yang berlaku sekarang..
maka
 semuanya rosak binasa!
3) Cukuplah kalian menjadi Muslimah di hadapan mata suami / bakal anda sendiri.
 Muslimah adalah perhiasan yang terbaik untuk suaminya.
 Perhiasan yang sangat cantik di dunia. 
Melihatnya sahaja walaupun dalam keadaan berpakaian penuh mampu mengundang syahwat dan nafsu.

 

 Bahkan bukan sahaja mengundang bahaya kepada dirinya sahaja dari segi keselamatan (maklumlah, jika dah terkenalkan…), malahan mengundang bahaya kepada dirinya dari segi ‘title’ muslimah itu sendiri.
Silap hari bulan,
 suami perlu bersabar dengan peminat si isteri, bukan terkenal kerana ketokohan,
 tetapi terkenal dengan kata-kata begini :
 “Eh.. Ini pemenang ustazah pilihan kan?”
4) Muslimah mulia dengan sifat malunya.
 Biarpun hari ini,
 ramai yang berkata perlunya muslimah bekerjaya, biar berdiri setanding dengan muslimin,
 malunya muslimah itu sentiasa ditutupi dengan kesederhanaan.
Seorang muslimah sepatutnya sudah tahu had-had wanita bekerjaya.
 Jika sudah jadi peserta “Ustazah Pilihan”, kepandaiannya sudah pasti diujibakat dan dipertontonkan,
 kepimpinannya juga diujibakatkan dan dipertontonkan, 
tatasusila juga diujibakatkan
 dan
 dipertontonkan…
 Manakah dia rasa ‘malu’ yang seharusnya memberikan ‘keistimewaan’ itu kepada si suami?


5) Pada asalnya ana lihat,
 rancangan ini memang sangat bagus.
 Tapi apabila,
 television ini kita tidak dapat mengawalnya..
 kerana yang laki2 juga tengok. 
Maka kaedahnya menjadi tidak sesuai.
 Cara syiar Islam cuba disebarkan tidak kena pada cara dan keadaan.


 Apa persamaan Imam Muda dengan Akademi Fantasia?
 Mereka ini diperkenalkan dipertunjukkan kehebatannya.
 Baiknya Imam Muda kerana Islam yang disyiarkan.


 Tetapi,
 apa beza Imam Muda dengan Ustazah Pilihan? Persamaannya adalah Islam disyiarkan,tetapi bezanya : Ustazah Pilihan tetap tak kena pada cara…

6) Buat penganjur rancangan ini,
 anda harus siap untuk ditanya kelak oleh Allah taala, dengan apa yang telah anda lakukan.
 Anda mengundangan kepada maksiat dan fitnah.



 Sedangkan pada zaman Rasulullah saw,
 baginda sangat menjaga kemulian seorang muslimah itu.
 Sangat menjaga fitnah antara laki2 dan perempuan. Bahkan dahulu setelah selasai solat jemaah di masjid,
 para jemaah muslimat akan keluar terlebih dahulu.. beredar pergi meninggalkan masjid.
 Kemudian baru diikuti dengan yang laki2…


Dosa yang anda akan tanggung adalah sebanyak mana,

 dan bahkan lagi berlipat2 kali ganda..
 Anda akan menanggung kesemua dosa2 maksiat dan fitnah yang terjadi dalam program ini..
 ‘ Ustazah Pilihan! ‘



Kesimpulanya :
Sebenarnya,
 seorang muslimah sangat mudah untuk memasuki syurga setelah berkahwin.
 Kata guruku,
 mereka hanya perlu menjaga 2perkara :
Yang pertama : Melaksanakan kewajipan sebagai seorang muslim dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Yang kedua : 

 Menjaga suaminya.
Tidak perlu digilapkan
 dirinya menjadi pendakwah yang terbaik
 setanding muslimin
 kerana apabila ia mengundang
 kemurkaan suami,
 telah jadi fitnah ke atas dirinya,
 membuat kesukaran kepada diri sendiri untuk masuk syurga.
 Cukuplah bagi kaum hawa untuk duduk di rumah, menjaga anak2 dan suami.
 Itu sudah sangat memadai!
Wallahaulam.


Ustazah Pilihan : Ustazah Masyitah Ibrahim.
(pakaian ustazah masyitah pun dah macam muslimah dah… )
p/s : Semua coretan ini cumalah kulasan daripada pendapat saya. 
Jika anda mempunyai
 pendapat yang berbeza,
 maka tidak menjadi masalah.
 
Perlu faham diantara
 tanggungjawab dan penyertaan.
 Melebarluaskan dakwah
 memang merupakan 1 tanggungjwb.


 Namun matlamat
 tidak menghalalkan cara.


 Banyak cara
 nak melatih muslimah menjadi duta.
 Kan bagus kalau audition pemilihan tu
 ditukar kepada kursus
 yg diadakan khusus untuk melatih ustazah2 menjadi pendakwah yg berkaliber.



 Bimbang jika dipertandingkan,
 akan mengubah niat yg suci itu.
 Dikhuatiri muslimah sekali lg akn dikomersialkan.
 Maka berjayalah agenda yahudi.
 Fikir2kanlah..


Berikut adalah diantara pendapat yang di keluarkan.
  1. Ustaz Azhar Idrus. Kalau rancangan biasa promote-promote seorang muslimah, cakap itu dan ini, tonjolkan personaliti, tidak patut sebab bercanggah dengan peraturan Islam dalam memelihara kaum wanita.
  2. Ustaz Mujahid. Apa sahaja program yang meletakkan wanita di atas pentas, samaada nasyed atau sebagainya melainkan dia seorang pendakwah, itu pun yang ustazah2 tua2, kerana kalau muda akan menimbulkan fitnah, maka saya berpendapat ianya haram. Apatah lagi dengan program seperti ustazah pilihan ini. Kerosakan akan berlaku. Memperagakan wanita di atas pentas, melihat wajah mereka, mendengar suara mereka. Dan jutaan manusia akan tertumpu kepada mereka. Khususnya kaum adam. Mereka hanya ingin melihat awek-awek tersebut sahaja sebenarnya. Maka, ini boleh menyebabkan si wanita itu turut berdosa kerana membuatkan orang lain berdosa. Apatah lagi di dalamnya, para peserta perlu melakukan perkara2 bid'ah. Itu semestinya haram. saya sangat menentang program seperti ini.
  3. YB Dr Halimah Ali. Pandangan saya untuk pilih Ustazah terbaik untuk sesuatu program memang perlu tapisan dan ujian, tetapi bukan untuk dijadikan program murahan untuk dipertontonkan. Ustazah adalah golongan yang perlu dihormati bukan untuk di aibkan silap dan salahnya dikaca TV.
Wallahhualam.

2 ulasan:

  1. ana sokong pendapat anti,,seharusnya program yang berjiwa kelalaiannya ini kita jauhkan daripada para muslimah yang masih samar2 ilmunya,,,wallahu'alam,,

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

jom tutup aurat !!

jom tutup aurat !!