nuffnang

Palestin Kini...! Ayuh Berjihad!

Selasa, 15 November 2011

~ CINTA SELEPAS NIKAH VS CINTA SEBELUM NIKAH ~






Cinta
 adalah suatu perasaan yang suci
 dan indah
 dan cinta yang tercipta
 akibat didorong
 oleh rasa takut kepada ALLAH pastinya akan membawa kebaikan dan kebahagiaan kepada manusia.
 Sebaliknya pula bagi cinta yang berlandaskan hawa nafsu dan hasutan syaitan,
 ianya pasti tidak akan berkekalan selamanya membahagiakan.
 Mungkin segalanya akan terasa ‘indah’ namun itu semua hanyalah tipu muslihat syaitan semata. Malahan mungkin akan menyebabkan rasa gundah gulana,
 resah dan akhirnya kecewa.
 Dan pastinya,
 cinta yang sejati dan agung tentunya hanyalah untuk ALLAH swt…
kerana Dia satu-satunya Pencipta kita yang maha berhak.


Sabda Rasulullah s.a.w:
“Tiga perkara yang sesiapa melakukannya akan mendapat kemanisan iman:

Menjadikan ALLAH dan Rasul-NYA s.a.w sebagai cinta yang paling utama, menyintai seseorang semata-mata kerana ALLAH dan benci untuk kembali kepada kekufuran seperti dia benci dicampakkan ke dalam neraka.”

– Riwayat al-Bukhari -

Kewujudan cinta
 sebelum membuat keputusan
 untuk mengahwini seseorang itu penting
 dan dituntut oleh syarak.

 Rasulullah s.a.w menyarankan agar
 mereka yang ingin berkahwin melihat wanita yang ingin dikahwini terlebih dahulu.
 Namun...
 semuanya itu harus di lakukan mengikut syarat
 dan
 batasan-batasan yang tertentu yang telah ditetapkan.

 Berhubung
 dengan percintaan sebelum kahwin
 yang banyak berlaku di
 banyak negara Islam sebenarnya diambil dari budaya barat,
 ternyata ia mempunyai lebih banyak kesan negatif berbanding positif.


Dalam Islam,
 lelaki dan wanita
 yang tidak ada sebarang pertalian darah (mahram) tidak boleh
 membuat sebarang perhubungan,
 sentuhan,
 keluar berdua-duaan (dating)
 atau
 sebagainya tanpa ikatan yang sah.


Sudah banyak pengalaman
 orang-orang terdahulu mengajar kita betapa cinta yang berlandaskan keinginan nafsu
 tanpa panduan syarak gagal
 di pertengahan jalan.


 Ramai yang menjadi buta
 kerana cinta.
 Orang yang sedang bercinta selalunya tidak dapat menilai sesuatu dengan baik
 kerana ditutup oleh perasaan itu.
 Mereka seolah-olah
 berada di awang-awangan.

 Akhirnya setelah berkahwin,
 barulah mereka tersedar siapa sebenarnya pasangan yang mereka cintai selama ini.
 Mereka juga mula menyedari bahawa pasangannya itu bukanlah sebaik yang disangka.
 Sebab itulah boleh dikatakan
 satu pertiga perkahwinan di barat berakhir dengan perceraian.


Cinta
 yang berpandukan kecintaan
 kepada ALLAH akan membahagiakan hati manusia dan
 menenangkan jiwa mereka.
 Mereka dapat menilai baik buruk
 sesuatu perkara
 dan
 sanggup mengorbankan perasaan cinta dan keinginan sendiri semata-mata kerana takut akan azab ALLAH.

 Mereka yakin sepenuh hati
 bahawa ikatan cinta yang diredhai
 itulah yang akan membawa kebahagian
 dan keberkatan dalam hidup mereka.

 Kesimpulannya,
 ingatlah!
 bahawa syaitan
 sentiasa menghiasi indah sesuatu maksiat.
 Padahal ia amat keji di sisi ALLAH.
 Orang yang bercinta selalu lupa diri
 kerana
 telah terikut jalan syaitan.
 Bukanlah cinta itu yang mesti diperangi
 kerana ia fitrah
 dan
 pendorong utama
 manusia hidup di dunia ini.

Tetapi,
 tindakan melanggar
 hukum syarak
 akibat cinta yang tidak terkawal
 itulah yang perlu dihindari.

 Mudah-mudahan ALLAH...
 memberi petunjuk
 kepada muda-mudi hari ini kepada jalan yang lurus dan
 diredhai-NYA.

Komentar
C.I.N.T.A
Komentar Ana tentang
 Apa itu cinta?
 Kenapa kita menyintai?
 Syukur Alhamdulillah
 jika kita menyintai seseorang itu
 kerana Allah,
 ini cinta yang suci dan agung.

 Cinta semata-mata
 kerana inginkan keredhaan dariNya.

  Cinta
 kerana ingin mendekatkan diri kepadaNya.

 Cinta kepada dia
 kerana yakin dia boleh membangkitkan semangat kita
 untuk berjuang mendapatkan
 keredhaan dari Allah.

 Cinta kepada dia
 kerana dia yang mendorong
 rasa rindu kepada Allah.

 Cinta kepada dia
 kerana dia yang mampu
 menjamin kenikmatan dan kebahagiaan dunia
 dan
 akhirat.

 Cinta kepada dia
 kerana dia yang sanggup bersusah payah,
 suka dan duka bersama kita berjihad menuju jalan Allah.

Cinta kepada dia
 kerana dialah insan yang berkemampuan untuk menyambung zuriat kita,
 melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah.

 Cinta kepada dia
 kerana dia juga mencintai Allah.
 Alhamdulillah..
Jika kita di kurniakan cinta yang sebegini,
 maka
 rugilah kita jika kita menolak cinta ini.

Namun,
 sebanyak mana orang yang mampu menyintai kita kerana sebab-sebab itu semata? 
Puji-pujian kepada Allah,
 syukur hanya kepada Dia
 jika kita di anugerahkan rasa cinta
 dan di cintai seindah ini.
 Alhamdulillah.


Bagaimana kalau si dia cintakan kita kerana sebab-sebab berikut:

Dia mungkin cintakan kita
 kerana kita ni cantik,
 tubuh kita ramping yang menggiurkan atau kacak yang mempesona,

 dia mungkin cintakan kita
 kerana pertuturan kita yang lemah lembut,
 kerana suara kita yang merdu menggoda.

 Dia mungkin mencintai kita
 kerana mata kita yang indah,
 bak kata pepatah,
 dari mata turun ke hati.

 Dia mencintai kita mungkin
 kerana kelincahan kita,
 kerana kecekapan kita.

 Dia mungkin mencintai kita
 kerana kebijaksanaan kita berdebat meluah pendapat.

 Dia menyintai kita mungkin
 kerana wang kita dan harta kita,
 atau
 kerana karier , 
status
 dan
 ‘siapa’ kita yang membanggakan
 atau
 macam-macam lagi sebab.

Namun,
 mari kita soroti dengan lebih mendalam.




 Bagaimana andai
 secara mengejut Allah takdirkan kita bisu.
Adakah
 dia yang menyintai kita
 kerana kemerduan
 dan
 kepetahan kita akan masih menyintai kita? 

Bagaimana kalau
 Tuhan takdirkan kita buta..
adakah
 dia yang menyintai kita
 kerana tajamnya panahan mata kita akan masih menyintai kita?

 Bagaimana kalau
 Tuhan takdirkan kaki kita kudung,
 lumpuh tidak mampu bergerak,
 adakah
 dia yang menyintai kita
 kerana kelincahan kita akan tetap
 menyintai kita?

 Bagaimana kalau
 tiba-tiba muka kita cacat,
 tidak lagi secantik dulu
 atau
 berkedut sana sini,
 adakah dia masih menyintai kita?

 Bagaimana pula kalau
 kiranya kita ditakdirkan
 tidak dapat
 melahirkan anak?
 Adakah
 dia yang mencintai kita
 kerana kita melahirkan zuriat untuknya akan terus menyintai kita?

Mungkin
 juga tidak
 kerana cinta kepada
 sesuatu yang ada pada kita,
 bermakna cintakan suatu yang tidak kekal,
 yang bermaksud,
 boleh diambil kembali olehNya yang
 Maha Berhak
 ke atas hamba-Nya
 pada bila-bila masa sahaja.
 Semua itu hanyalah pinjaman.

 Malahan,
 cinta itu sendiri juga suatu pinjaman.
 Suatu nikmat yang boleh ditarik bila-bila masa sahaja.

Maka.
 InsyaAllah,
aku tidak akan sekali-kali
 menerima cinta
 kerana suatu yang tidak pasti,
 Aku pasti akan menyintai,
 dan dicintai..

tapi Tuhan,
 jika Tuhan takdirkan aku jatuh cinta,
 Tuhan jatuhkanlah cinta ini kepada dia
 yang mencintaiku kerana Mu.”




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

jom tutup aurat !!

jom tutup aurat !!