Sabtu, 24 September 2011

~ Akhlak Nabi MUHAMMAD SALLALLAHU 'ALAIHIWASSALAM ~






Alhamdulillah...,segala puji bagi Mu Tuhan semesta Alam...,Engkau yang menghidupkan dan mematikan,,, serta penghulu hari pembalasan.


Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh wamaghfiratuh waridhwanuh.^_^.


sebelum mula citernih saya nak promote satu benda,,,bagi sapa2 yang mahabbah rasulullah saw,,,dan pencinta ilmu boleh melayari blog ini untuk mengetahui jadual pengajian sekitar kedah dan juga jadual2 berkenaan lawatan oleh para habaib ke kedah di...(http://ummahberselawat.blogspot.com/)..atau search di FB yang bernama "Sekretariat Ummah berselawat"




Alhamdulillah malam nih terasa nak wat note ttg akhlak Rasulullah saw.,,,.,mungkin ramai dah tahu ttg spa sebenarnya Rasulullah saw...,,,.tapi saya hnya nak berkongsi sedikit ilmu yg ada ini sebagai flash back apa yang kita mungkin dah belajar dan tahu cuma ingat2 lupa.^_^


saya tak layak nak tulis mcm nih,,tapi sekadar perkongsian,,,.ada silap minx teguran,,,,tapi kalo ada silap tulis tuh paham2 lah ya.^_^


Bismillah ....,


-bermula akhlak yang buruk itu merosakkan akhirat....


-datang seorang sahabat nabi saw..., bernama Sa'ad bertanya kepada A'isyah ra. :"Wahai Amirul Mukminin,beritahu akan aku akhlak Nabi saw. A'isyah ra. bertanya kembali:"tidak kah kamu membaca Al-quran"?.jawab Sa'Ad:"ya,saya membacanya" Kata A'isyah ra.:"di sana (al-quran) ada akhlak nabi saw...(mksudnya nak tahu lebih lanjut ttg akhlak Nabi saw.kajilah isi kandungan Al-quran.^^).


-yang mendidik nabi saw itu dgan akhlak Mulia ialah Allah s.w.t...


-kata Imam ghazali:"ketahui oleh mu bahawa Nabi saw.,,. itu suka merendah diri dan banyak berdoa supaya Nabi saw..., sentiasa dihiasi dengan adab yang baik...,

 (Masya-Allah  nabi saw..,, yang sudah terkenal sebagai seorang yang berakhlak mulia itu pun masih berdoa dgan banyaknya supaya Beliau diberikan lagi adab yang baik..,,kita bagaimana plk?)


-Ketika DI zaman Baginda saw.,,.Baginda saw dan para Sahabt pergi bermusafir lalu berhenti di suatu tempat untuk beristirehat dan makan,,,..

mereka(sahabat) semuanya mengambil bahagian masing untuk saling membantu dalm perhentian tersebut,,,..

seorang demi seorang menawarkan diri untuk menyembelih,,,..untuk memotong daging,untuk membasuh daging dan berbagai lagi,..,

lalu nabi saw. yang turut berada disitu mengangkat tangannya seraya memperlawa dirinya untuk mencari kayu api sebagai bahan Api untuk di masak akan daging tersebut ..,.(lagi satu akhlak nabi saw yang mmg indah....

seorang pemimpin yang tawadduk,,,,tidak mengerah orang lain berbuat kerja,,,,bahkan menawar diri untuk melakukan kerja,,,,kita sebagai pemegang jawatan tggi dan mempunyai org bawahan adakah kita mencontohi beliau?)


-dan lain contohnya Baginda saw..., merendah diri..di satu ketika di padang Arafah,.,,

Beliau saw..., menaiki tunggangan,,.,di satu kawasan beliau mendapati ramai orang yang berjalan kaki ketika di padang Arafah,,.,lalu nabi saw..., menuruni tunggangannya dan berjalan kaki bersama2 orang yang berjalan kaki,,,,(tawadduk nabi saw..,. 

ini mmg jelas ramai yang sukar nak ikut,,contohnya orang yang berjawatan atau berpangkat tggi dan mempunyai org bawahan amat sukar untuk bersekedudukan(bergaul) dgan org bawahan dan juga sombong dalam berjalannya.)


-diantara lainnya Akhlak nabi saw..,. beliau juga tidak memberati Isterinya dalam hal rumah tangga...,,

beliau membantu isterinya dalam urusan rumah tangga seperti menyapu sampah,,.,menjahit baju dan sepatu,,,,dan berbagai lagi.^^


-diantara lainnya doa nabi saw. :"Ya Allah,,,.,hiasilah akhlak aku seperti tubuh badan aku yang cantik.


-dan doa lainnya:"Baikkan zahir ku dgan ibadat zahir dan  baikkan batinku dgan ibadat batin.(rasanya jelas ibadat zahir dan batin?tak jelas tnya ek.bukan saya yang layak menjawap soalan itu,tapi tnyalah rakan2 lain yang mengetahuinya.^_^)


-pada saat perang Uhud sebagaimana kalian sudah tahu,umat Islam ditewaskan,disebabkan askar memanah turun dari bukit tempat mereka berlindung,nabi saw. 

seorang diri diatas itu tidak turun,dan pada ketika itu puak kafir datang lalu mengambil alih bukit itu dan ketka itu nabi saw. 

tercedera di dahi dan tertembus besi pada gigi baginda saw.,pada ketika itu datang seorang sahabat dan berkata:Bagaimana kum ini nak selamat? lalu nabi saw. berdoa:"

maafkanlah kaum ini kerana mereka tidak mengetahui apa2..para sahabt pada ketika itu yang cinta mereka sgat mendalam pada Baginda saw. tidak sanggup melihat Nabi saw dlm keadaan gigi ditembusi besi,lalu dtang seorang sahabat yang cuba menarik besi dari gigi Nabi saw.

menggunakan giginya sendiri kerana khuatir akn nabi saw sakit ketika menarik besi itu,lalu ditarik dengan gigi sahabt itu sehingga gigi sahabt itu gugur jatuh kerana mencabut besi itu..(itulah adab para sahabt,,,.,

sehinggakan snggup korban untuk tidak snggup menyakiti Nabi saw,kita sebagai umat mmg mustahil nak berbakti kepada baginda saw..., seperti para sahabat terdahulu,..,,tapi mencukupi ia dgan mengikut sunnah Nabi saw..,. tanda cinta Kita kepada nabi kita).


B'untunglah orang2 yg sntiasa mengingati NABI MUHAMMAD SALLALLAHU 'ALAIHIWASSALAM,,...,kerana NABI MUHAMMAD SALLALLAHU 'ALAIHIWASSALAM akn mengingati kita....ALLAHU ALLAH...

ALLAHUMMA JA'ALNA MIN AHLI SYAFAATI SAYYIDINA MUHAMMADIN SALLALLAHU 'ALAIHIWASSALAM ~~ya Allah jadikan kami org2 yg men
dpt syafaat NABI MUHAMMAD SALLALLAHU 'ALAIHIWASSALAM ketika hari kebangkitan (akhirat) ... ALLAHUMMA AMIN...

SOLLU 'ALANNABIYY!!! ^__^

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسلِّمْ
SMILE ITS SUNNAH... LET'S SMILE WITH ME ^________^^^



Tiada ulasan:

jom tutup aurat !!

jom tutup aurat !!